Connect with us

Terkini

Nak tunjuk hanya Anwar mampu beri ‘makan’ pada rakyat – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri semata-mata untuk menunjukkan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu memberi ‘makan’ kepada rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Nak tunjuk hanya Anwar mampu beri 'makan' pada rakyat – Tun M
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri semata-mata untuk menunjukkan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu memberi ‘makan’ kepada rakyat.
  • Bekas Perdana Menteri itu berkata, penganjuran itu dilihat hanya untuk berseronok dengan membuat acara secara besar-besaran.
  • “Semasa saya jadi Perdana Menteri, saya buat satu (rumah terbuka) sahaja tetapi beliau (Anwar) buat enam.
  • “Tujuan utama rumah terbuka adalah merapatkan hubungan antara masyarakat dan wakil rakyat. Tetapi kerajaan hari ini buat walaupun kata tak akan ada acara besar-besaran.
  • “Kenapa enam? Sebab nak tunjuk kepada rakyat supaya rakyat sokong beliau yang beri makan kepada orang ramai,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram di Bandar Puncak Alam di sini malam tadi.

Kuala Selangor: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri semata-mata untuk menunjukkan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu memberi ‘makan’ kepada rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penganjuran itu dilihat hanya untuk berseronok dengan membuat acara secara besar-besaran.

“Semasa saya jadi Perdana Menteri, saya buat satu (rumah terbuka) sahaja tetapi beliau (Anwar) buat enam.

“Tujuan utama rumah terbuka adalah merapatkan hubungan antara masyarakat dan wakil rakyat. Tetapi kerajaan hari ini buat walaupun kata tak akan ada acara besar-besaran.

“Kenapa enam? Sebab nak tunjuk kepada rakyat supaya rakyat sokong beliau yang beri makan kepada orang ramai,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram di Bandar Puncak Alam, di sini, malam ini.

Turut hadir Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Setiausaha Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya dan Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan kementerian dan agensi kerajaan perlu menghentikan penganjuran majlis besar-besaran untuk mengelak pembaziran perbelanjaan kerajaan.

Ini termasuk pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis atau program yang dilaksanakan.

Setakat ini, majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri sudah diadakan di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *