Connect with us

Terkini

Lelaki Kristian menyamar Muslim masuk Makkah

Seorang lelaki dipercayai beragama Kristian menyamar sebagai Muslim kerana mahu masuk ke tanah suci Makkah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki Kristian menyamar Muslim masuk Makkah
Foto: Seorang lelaki dipercayai beragama Kristian menyamar sebagai Muslim kerana mahu masuk ke tanah suci Makkah.
  • Seorang lelaki dipercayai beragama Kristian menyamar sebagai Muslim kerana mahu masuk ke tanah suci Makkah.
  • Perkara itu dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dalam hantarannya di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar foto lelaki itu bergambar di pekarangan Masjidil Haram dalam keadaan berihram di Instagram.
  • Dalam postingnya, lelaki itu berkata, “They keep telling me I wouldnt be able to go because i’m not “Muslim” but I went & conquered… Christ is King”.
  • Firdaus Wong berkata meskipun lelaki itu hanya menyamar sebagai Muslim, dalam tidak langsung Islam berjaya menarik diri lelaki itu kerana sanggup berkorban wang dan masa demi masuk ke Makkah.

Seorang lelaki dipercayai beragama Kristian menyamar sebagai Muslim kerana mahu masuk ke tanah suci Makkah.

Perkara itu dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dalam hantarannya di Facebook hari ini.

Firdaus Wong turut memuat naik tangkap layar foto lelaki itu bergambar di pekarangan Masjidil Haram dalam keadaan berihram di Instagram yang meraih 21,445 likes  dan 5,788 komen.

Dalam postingnya, lelaki itu berkata, “They keep telling me I wouldnt be able to go because i’m not “Muslim” but I went & conquered… Christ is King”.

Firdaus Wong berkata meskipun lelaki itu hanya menyamar sebagai Muslim, dalam tidak langsung Islam berjaya menarik diri lelaki itu kerana sanggup berkorban wang dan masa demi masuk ke Makkah.

“Tanyalah mana-mana Muslim sekalipun, mereka tidak akan sesekali berani untuk mengatakan atau menyamar sebagai Kristian, Buddha atau Hindu,” kata pendakwah bebas itu.

Beliau berharap tindakan lelaki Kristian itu mampu membuka hatinya untuk menerima Islam suatu hari nanti. 

“Semoga ‘penyamarannya’ ini menjadi asbab individu ini dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Semoga ketenangan yang dialami ketika bertawaf dan persaudaraan Islam di Makkah melembutkan hatinya. Allahuma Ameen,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author