Antarabangsa
Lebih 2,000 rakyat Palestin hilang rumah angkara rejim Israel
Serangan udara tentera penceroboh haram Israel di Semenanjung Gaza baru-baru ini mengakibatkan 2,516 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.
- Serangan udara tentera haram Israel di Semenanjung Gaza baru-baru ini mengakibatkan 2,516 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.
- Kementerian Pembangunan Sosial di Gaza berkata, sebanyak 180 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal.
- Kementerian itu merayu kepada organisasi Arab, Islam dan antarabangsa untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat serangan Israel ke atas Gaza.
TEBING BARAT – Serangan udara tentera penceroboh haram Israel di Semenanjung Gaza baru-baru ini mengakibatkan 2,516 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pembangunan Sosial di Gaza berkata, sebanyak 180 kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal.
Kementerian itu merayu kepada organisasi Arab, Islam dan antarabangsa untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat serangan Israel ke atas Gaza.
Minggu lepas, rejim Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza selama lima hari berturut-turut di mana sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera, lapor Kementerian Kesihatan.
Kumpulan pejuang Palestin bertindak balas dengan melepaskan tembakan roket ke Israel, yang membunuh sekurang-kurangnya dua orang Israel.
Tentera Israel berkata serangannya adalah sebagai tindak balas terhadap tembakan roket dari wilayah Palestin berikutan kematian rakyat Palestin yang mogok lapar di penjara Israel awal bulan ini.
Keganasan tersebut reda pada 13 Mei di bawah gencatan senjata yang diatur oleh Mesir.
Pada hari Ahad, Pejabat Media Kerajaan yang dikendalikan Hamas berkata bahawa sebanyak 2,041 unit rumah telah rosak dalam serangan Israel ke atas Gaza.
Sumber: Ismaweb