Antarabangsa
(VIDEO) Lapan maut termasuk kanak-kanak lima tahun dalam tembakan rambang di pusat beli-belah
Seorang lelaki bersenjata menembak mati lapan orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya tujuh yang lain pada Sabtu lalu di sebuah pusat membeli-belah, utara bandar Dallas, Texas, Amerika Syarikat (AS).
Seorang lelaki bersenjata menembak mati lapan orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya tujuh yang lain pada Sabtu lalu di sebuah pusat membeli-belah, utara bandar Dallas, Texas, Amerika Syarikat (AS).
Penyerang yang bertindak sendirian, maut ditembak seorang pegawai polis selepas dia melepaskan tembakan di luar Allen Premium Outlets, kata polis tempatan pada Ahad lalu.
Video kamera papan pemuka kereta yang tular dalam talian menunjukkan seorang lelaki bersenjata keluar dari kereta dan menembak orang awam di kaki lima.
Lebih tiga dozen tembakan kedengaran ketika kenderaan yang merakam video itu dipandu pergi.
Menurut ketua bomba Allen, Jon Boyd, pihaknya membawa sekurang-kurangnya sembilan mangsa cedera akibat tembakan ke hospital.
View this post on Instagram
Dua daripada mereka meninggal dunia di hospital, tiga dalam keadaan kritikal, manakala empat lagi stabil, Boyd mengesahkannya dalam satu sidang akhbar pada malam Sabtu.
Dalam satu kenyataan bertulis Medical City HealthCare, kesemua terkorban berusia antara lima dan 61 tahun.
Kejadian di Allen ini adalah yang terbaharu dalam siri tembakan rambang yang belum pernah terjadi sebelumnya di AS.
Hampir seminggu sebelum itu, seorang lelaki menembak maut lima orang awam di Cleveland, Texas, selepas seorang jiran memintanya berhenti menembak senjatanya ketika seorang bayi sedang tidur.
Tembakan rambang semakin kerap berlaku di AS tahun ini.
Menurut Arkib Keganasan Senjata, sekurang-kurangnya 198 kejadian dilaporkan berlaku pada 2023, angka tertinggi setakat separuh pertama tahun ini sejak tahun 2016.
Sumber: Aljazeera