Terkini
Komitmen kerajaan bantu Sabah selesaikan masalah air lebih cepat
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan komitmen daripada kerajaan Persekutuan bakal membantu kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah air di Sabah dengan kadar segera.
- Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan komitmen daripada kerajaan Persekutuan bakal membantu kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah air di Sabah dengan kadar segera.
- Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan bantuan kerajaan Persekutuan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lalu.
- “Kerajaan negeri sedang melaksanakan rancangan sendiri bagi menangani masalah air tersebut.
- “Dengan adanya bantuan yang ditawarkan kerajaan Persekutuan, kita percaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan komitmen daripada kerajaan Persekutuan bakal membantu kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah air di Sabah dengan kadar segera.
Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan bantuan kerajaan Persekutuan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lalu.
“Kerajaan negeri sedang melaksanakan rancangan sendiri bagi menangani masalah air tersebut.
“Dengan adanya bantuan yang ditawarkan kerajaan Persekutuan, kita percaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.
Selain itu, Hajiji turut menjelaskan bahawa Anwar tidak menyatakan kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pengurusan bekalan air negeri susulan pengumuman terbabit.
“Apa yang Perdana Menteri maksudkan ialah kerajaan Persekutuan akan membantu masalah pengurusan air dengan menyediakan peruntukan lebih besar sama seperti isu air di Kelantan,” katanya.
Disamping itu, Hajiji juga berkata kerajaan negeri memandang serius masalah bekalan air yang melanda Sabah.
“Kami akan menyelesaikan semua isu berkaitan semasa pertemuan dengan Perdana Menteri untuk mendapatkan penyelesaian yang berkekalan,” katanya.
Ahad lalu, Anwar menyatakan komitmen untuk mencari jalan menyelesaikan masalah air di Kelantan dan Sabah pada tahun ini juga.
Katanya, beliau akan mengundang Hajiji dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu lagi bagi berbincang mengenai perkara tersebut.
Sumber: Harian Metro