Connect with us

Antarabangsa

Kementerian Islam Arab Saudi lancar pameran al-Quran di Brazil

Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi melancarkan ‘Pameran Al-Qur’an Mulia’ di Sao Paulo, Brazil.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kementerian Islam Arab Saudi lancar pameran al-Quran di Brazil
Foto: Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi ketika melancarkan Pameran Al-Qur’an Mulia di Sao Paulo, Brazil.
  • Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi melancarkan ‘Pameran Al-Qur’an Mulia’ di Sao Paulo, Brazil.
  • Pameran selama lapan hari, yang bermula pada 1 Mei itu, akan membawa tetamu dan pengunjung melalui lawatan ke Masjid Nabawi menggunakan teknologi realiti maya termaju.
  • pameran itu juga akan mempamerkan sejumlah besar penerbitan Kompleks Raja Fahad untuk Percetakan Al-Quran di Madinah dengan 77 terjemahan ayat al-Quran.

RIYADH: Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi melancarkan ‘Pameran Al-Qur’an Mulia’ di Sao Paulo, Brazil.

Menurut laporan Arab News, pameran itu menggunakan teknologi realiti maya.

Pameran selama lapan hari, yang bermula pada 1 Mei itu, akan membawa tetamu dan pengunjung melalui lawatan ke Masjid Nabawi menggunakan teknologi realiti maya termaju.

Pameran itu juga akan mempamerkan sejumlah besar penerbitan Kompleks Raja Fahad untuk Percetakan Al-Quran di Madinah dengan 77 terjemahan ayat al-Quran.

Ketua Jabatan Timur Tengah di Kementerian Luar Negeri Brazil, Sidney Leon Homeron memuji usaha bantuan kerajaan itu yang selaras dengan agama.

Ia menggambarkan Arab Saudi sebagai negara terkemuka dalam kerja kemanusiaan, bantuan dan pembangunan di seluruh dunia.

Ketua Pusat Toleransi Global, Dr Abdul Hameed Metwally berkata usaha kerajaan sedang disaksikan semua pihak, terutama dalam perkhidmatan Islam dan pameran Sao Paulo memberikan definisi agama yang mudah untuk difahami orang ramai.

Abdul Hameed menyifatkan Arab Saudi sebagai “kerajaan kebaikan dan keamanan,” di mana jutaan orang datang semasa musim haji setiap tahun dan pulang ke negara mereka dengan membawa mesej keamanan dan toleransi.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *