Connect with us

Terkini

Jika peruntukan SMPC tidak dikurangkan, naikkan peruntukan institusi pendidikan agama – Pemuda Umno

Pemuda Umno berpendirian kerajaan wajar menaikkan peruntukan untuk institusi pendidikan agama supaya pembahagian secara purata yang lebih adil dan munasabah dapat dilakukan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jika peruntukan SMPC tidak dikurangkan, naikkan peruntukan institusi pendidikan agama - Pemuda Umno
Foto: Dr Muhammad Akmal Saleh.
  • Pemuda Umno berpendirian kerajaan wajar menaikkan peruntukan untuk institusi pendidikan agama supaya pembahagian secara purata yang lebih adil dan munasabah dapat dilakukan.
  • Ketuanya, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, ia perlu dilakukan jika peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tidak boleh dikurangkan atau dinilai semula kerajaan.
  • “Kita tidak mempertikaikan siapa yang wajar atau tidak diberi peruntukan kerana pendidikan adalah aset utama negara. Tetapi apa yang dipersoalkan adalah jumlah peruntukan yang disalurkan secara purata mestilah lebih adil dan munasabah.
  • “Mana mungkin SMPC, sebuah institusi pendidikan swasta mendapat peruntukan secara purata sama rata, tetapi bukan institusi pendidikan Islam yang dijamin dalam perlembagaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, Ahad lalu.

Kuala Lumpur: Pemuda Umno berpendirian kerajaan wajar menaikkan peruntukan untuk institusi pendidikan agama supaya pembahagian secara purata yang lebih adil dan munasabah dapat dilakukan.

Ketuanya, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, ia perlu dilakukan jika peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tidak boleh dikurangkan atau dinilai semula kerajaan.

“Kita tidak mempertikaikan siapa yang wajar atau tidak diberi peruntukan kerana pendidikan adalah aset utama negara. Tetapi apa yang dipersoalkan adalah jumlah peruntukan yang disalurkan secara purata mestilah lebih adil dan munasabah.

“Mana mungkin SMPC, sebuah institusi pendidikan swasta mendapat peruntukan secara purata sama rata, tetapi bukan institusi pendidikan Islam yang dijamin dalam perlembagaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, Ahad lalu.

Katanya, sayap Umno itu akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau menilai semula jumlah peruntukan yang diberi dan penambahbaikan secara konstruktif dapat dilakukan.

“Perkara ini diperjuangkan bukan atas dasar sentimen dan kepentingan politik. Ia adalah soal hak dan keadilan, kepentingan sejagat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau semalam memaklumkan jika dilihat perbandingan secara terperinci, RM150 juta diperuntukkan bagi 1,276 sekolah berdasarkan institusi sekolah agama berdaftar, bermakna setiap satu sekolah hanya mendapat RM117,500 saja.

Bagaimanapun, beliau berkata, peruntukan RM15.7 juta bagi SMPC itu diagihkan kepada 63 sekolah dengan setiap sekolah mendapat bantuan RM250,000.

Katanya, dari segi Perlembagaan Persekutuan, kedudukan institusi Sekolah Agama (SA) dan SMPC adalah tidak sama yang mana peruntukan pendidikan agama diberikan menerusi Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan bukannya Kementerian Pendidikan (KPM), dengan punca kuasa kewujudan SA juga mengikut peruntukan Perlembagaan.

Sumber: Harian Metro

Author