Connect with us

Terkini

Istiqamah solat lima waktu ‘penyelamat’ kanak-kanak mualaf kekal Islam – Peguam

Istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu antara yang menjadi ‘penyelamat’ dalam kes kanak-kanak mualaf yang diputuskan Mahkamah Tinggi minggu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Aidil Khalid.
  • Istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu antara yang menjadi ‘penyelamat’ dalam kes kanak-kanak mualaf yang diputuskan Mahkamah Tinggi minggu lalu.
  • Peguam mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Aidil Khalid berkata perkara itu membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada Khamis lalu yang memutuskan ketiga-tiga anak Loh Siew Hong kekal beragama Islam.
  • “Dalam membacakan penghakimannya semalam, hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Wan Ahmad Farid merujuk kepada afidavit dan hujahan peguam MAIPs, berkenaan penzahiran iktikad dan keazaman melalui perbuatan dan tingkah laku untuk terus berada dalam agama Islam oleh kanak-kanak mualaf tersebut, walaupun selepas mereka diserahkan ke dalam jagaan penuh oleh ibu non-Muslim mereka. 
  • “Bahkan salah seorangnya juga turut menyatakan hasrat ingin menjadi peguam syar’ie apabila sudah dewasa kelak,” kata Aidil Khalid menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

KUALA LUMPUR — Istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu antara yang menjadi ‘penyelamat’ dalam kes kanak-kanak mualaf yang diputuskan Mahkamah Tinggi minggu lalu.

Peguam mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Aidil Khalid berkata perkara itu membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada Khamis lalu yang memutuskan ketiga-tiga anak Loh Siew Hong kekal beragama Islam.

“Walau ramai yang sudah tahu tentang keputusan Mahkamah Tinggi semalam (11 Mei 2023) berkenaan pengekalan Islam ke atas anak-anak Loh Siew Hong, tapi mungkin ramai yang belum tahu, bahawa antara yang menjadi penyelamat dalam kes tersebut, adalah istiqamahnya kanak-kanak mualaf tersebut dalam mengamalkan solat lima waktu.

“Dalam membacakan penghakimannya semalam, hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Wan Ahmad Farid merujuk kepada afidavit dan hujahan peguam MAIPs, berkenaan penzahiran iktikad dan keazaman melalui perbuatan dan tingkah laku untuk terus berada dalam agama Islam oleh kanak-kanak mualaf tersebut, walaupun selepas mereka diserahkan ke dalam jagaan penuh oleh ibu non-Muslim mereka. 

“Bahkan salah seorangnya juga turut menyatakan hasrat ingin menjadi peguam syar’ie apabila sudah dewasa kelak,” kata Aidil Khalid menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat. 

Foto: Facebook Aidil Khalid.

Perkara itu dilaporkan media dalam temu bual menerusi telefon sehari selepas kanak-kanak itu dikembalikan di bawah jagaan penuh ibu mereka yang bukan Islam.

Aidil Khalid memetik petikan daripada media itu yang berkata; “The children said they had just performed their subuh prayers and were glad to be home with their mother. One of the 14 year old twins told the news portal that she wanted to enter the police academy when she grew up. Her sister said she wanted to be a counsellor or a Shariah law practitioner.”

Peguam itu memaklumkan perjuangkan mereka dalam kes terbabit bukanlah untuk memisahkan anak-anak mualaf itu daripada ibu mereka atau memaksakan agama ke atas mereka yang belum memahami apa-apa.

“Sebaliknya ia adalah kerana kanak-kanak mualaf tersebut sesungguhnya adalah saudara seagama kita,  dan justeru itu wajib bagi kita untuk membela hak dan aqidah mereka,” kata Aidil Khalid.

Status pengislaman tiga kanak-kanak terdiri daripada pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipertikaikan Siew Fong yang mendakwa penukaran agama itu dibuat tanpa kebenarannya dan dilakukan secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka (bekas suami Siew Fong), Muhammad Nagahswaran Muniandy.

Siew Fong memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Aidil Khalid

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *