Connect with us

Antarabangsa

Guru di Romania mogok kerana gaji rendah

Guru di Romania melancarkan mogok semalam buat kali pertama sejak 2005 selepas rundingan saat akhir mengenai gaji dengan kerajaan campuran gagal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Guru di Romania mogok kerana gaji rendah
Foto: Gambar guru termasuk kakitangan universiti di Romania melancarkan mogok.
  • Guru di Romania melancarkan mogok buat kali pertama sejak 2005 selepas rundingan saat akhir mengenai gaji dengan kerajaan campuran gagal.
  • Kakitangan universiti turut menyertai mogok perpaduan itu selama dua jam.
  • Dilaporkan seorang guru baharu di Romania hanya menerima gaji di bawah 2,400 lei (RM2,442) sebulan, tidak lebih daripada separuh purata gaji bulanan kebangsaan sebanyak 4,554 lei (RM4,634).
  • Kesatuan Sekerja berkata, lebih 150,000 guru dan kakitangan sekolah lain dalam pendidikan rendah dan menengah di seluruh negara Kesatuan Eropah akan mogok selama-lamanya.

BUCHAREST: Guru di Romania melancarkan mogok semalam buat kali pertama sejak 2005 selepas rundingan saat akhir mengenai gaji dengan kerajaan campuran gagal.

Malah, kakitangan universiti turut menyertai mogok perpaduan itu selama dua jam.

Dilaporkan seorang guru baharu di Romania hanya menerima gaji di bawah 2,400 lei (RM2,442) sebulan, tidak lebih daripada separuh purata gaji bulanan kebangsaan sebanyak 4,554 lei (RM4,634).

Susulan itu, Kesatuan Sekerja berkata, lebih 150,000 guru dan kakitangan sekolah lain dalam pendidikan rendah dan menengah di seluruh negara Kesatuan Eropah akan mogok selama-lamanya.

Kesatuan meminta kenaikan gaji, pengindeksan inflasi, gaji lebih masa dan pelaburan untuk meningkatkan infrastruktur dan bekalan pengajaran.

Bagaimanapun, kerajaan gabungan berkata, mereka komited untuk mengubah undang-undang gaji untuk keseluruhan sektor awam tahun ini di bawah pakej pembaharuan yang dipersetujui dengan Suruhanjaya Eropah sebagai pertukaran untuk dana pemulihan.

Draf rang undang-undang itu dijangka dibentangkan pada bulan Julai, tetapi ahli kesatuan pendidikan berkata, undang-undang baharu itu akan dikuatkuasa kemudian.

Kerajaan berada di bawah tekanan untuk membawa defisit fiskalnya di bawah ambang Kesatuan Eropah sebanyak tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang tahun depan.

Negeri Kesatuan Eropah akan mengadakan pilihan raya parlimen, am, tempatan dan Parlimen Eropah pada 2024.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *