Connect with us

Terkini

Gereja St. Paul di Melaka jadi mangsa vandalisme

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah menyatakan bahawa keselamatan gereja tertua di Asia Tenggara, Gereja St. Paul akan dipertingkatkan dalam usaha bagi menghalang vandalisme.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gereja St. Paul di Melaka jadi mangsa vandalisme
Foto: Datuk Akramuddin Ab. Aziz, menunjukkan kesan perbuatan vandalisme menconteng dinding di bangunan bersejarah berusia lebih 500 tahun di Gereja St Paul.
  • Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah menyatakan bahawa keselamatan gereja tertua di Asia Tenggara, Gereja St. Paul akan dipertingkatkan dalam usaha bagi menghalang vandalisme.
  • Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Pengerusi PERZIM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz sewaktu sesi lawatan beliau di Bukit St. Paul pada Selasa lalu.
  • Menurut beliau, pasukan beliau akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk melantik lebih banyak pegawai penguat kuasa untuk ditempatkan di tapak bersejarah tersebut bagi menjaga bahan sejarah dan persekitaran kawasan itu.
  • “Pihaknya juga akan melihat beberapa pendekatan dalam usaha bagi menghentikan vandalisme di Bukit St. Paul dan beberapa tapak lain, selain daripada memasang kamera litar tertutup.”

MELAKA – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah menyatakan bahawa keselamatan gereja tertua di Asia Tenggara, Gereja St. Paul akan dipertingkatkan dalam usaha bagi menghalang vandalisme.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Pengerusi PERZIM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz sewaktu sesi lawatan beliau di Bukit St. Paul pada Selasa lalu.

Menurut beliau, pasukan beliau akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk melantik lebih banyak pegawai penguat kuasa untuk ditempatkan di tapak bersejarah tersebut bagi menjaga bahan sejarah dan persekitaran kawasan itu.

Menurutnya lagi, pihak mereka juga akan melihat beberapa pendekatan dalam usaha bagi menghentikan vandalisme di Bukit St. Paul dan beberapa tapak lain, selain daripada memasang kamera litar tertutup.

Lawatan yang dibuat oleh Pengerusi PERZIM itu dibuat setelah pihak tersebut menerima beberapa aduan mengenai kesan vandalisme yang terjadi di puncak bukit tersebut.

Menurut Akramuddin, mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan vandalisme itu akan berdepan dengan tindakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan yang boleh menyebabkan hukuman penjara maksimum sehingga 5 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau keduanya sekali.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *