Antarabangsa
Filem ‘Kerala Story’ bukan menentang Muslim atau Islam – Penerbit
Filem ‘Kerala Story’ bukan menentang Muslim atau Islam, sebaliknya ia menentang keganasan, demikian menurut penerbit dan pengarah kreatif filem itu, Vipul Amrutlal Shah.
- Filem ‘Kerala Story’ bukan menentang Muslim atau Islam, sebaliknya ia menentang keganasan, demikian menurut penerbit dan pengarah kreatif filem itu, Vipul Amrutlal Shah.
- Beliau berkata demikian sebagai membalas komen dan kritikan yang diterimanya sejak filem kontroversi itu ditayangkan pada 5 Mei lalu.
- Diarahkan Sudipto Sen, The Kerala Story ditayangkan di pawagam sejak awal bulan ini dan terdapat gesaan supaya filem itu diharamkan di beberapa negeri, termasuk West Bengal dan Tamil Nadu.
Filem ‘Kerala Story’ bukan menentang Muslim atau Islam, sebaliknya ia menentang keganasan, demikian menurut penerbit dan pengarah kreatif filem itu, Vipul Amrutlal Shah.
Beliau berkata demikian sebagai membalas komen dan kritikan yang diterimanya sejak filem kontroversi itu ditayangkan pada 5 Mei lalu.
Diarahkan Sudipto Sen, The Kerala Story ditayangkan di pawagam sejak awal bulan ini dan terdapat gesaan supaya filem itu diharamkan di beberapa negeri, termasuk West Bengal dan Tamil Nadu.
“Filem ini tidak bertentangan dengan agama atau kasta tertentu.
“Apa yang paling memuaskan ialah sesetengah orang menyiarkan mesej marah, jahat dan kesat terhadap filem itu.
“Tiga daripada mereka telah memohon maaf secara terbuka di platform yang sama selepas melihat filem, dan memanggilnya sebagai sebuah filem yang hebat.
“Itu adalah kebenaran atau pengesahan yang sangat besar terhadap apa yang kami katakan.
“Saya pasti, dengan masa, apabila keadaan sudah reda, orang ramai akan faham bahawa filem ini bukan menentang sesiapa, ia menentang keganasan.
“Dan kami merayu kepada semua yang menentang keganasan, untuk menyertai kami dalam perjuangan kami,” kata Vipur dipetik Hindustan Times.
Penerbit filem itu berkata dia tidak mahu dihalang daripada membuat filem dan menceritakan kisah mereka terjejas semata-mata tidak diterima pihak tertentu.
Sumber: Hindustan Times