Connect with us

Antarabangsa

Elak gangguan dalam kereta api bawah tanah, wanita New York berpakaian ‘labuh’

Musim panas hampir tiba, ini bermaksud warga New York akan mula menampakkan lengan — kaki, bahu dan abdomen mereka. Akan tetapi, ramai wanita muda juga mula menyediakan pertahanan untuk menjauhkan lelaki-lelaki yang menyeramkan mereka, dengan mengenakan: baju kereta api bawah tanah atau ‘the subway shirt’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Wanita New York yang menggunakan kereta api bawah tanah mula mengenakan baju kereta api bawah tanah atau ‘the subway shirt’ sebagai benteng pertahanan untuk menjauhkan gangguan lelaki-lelaki yang menyeramkan mereka.
  • Pakaian yang lebih sopan atau ‘outfit dampener’ ini merupakan pakaian labuh dan panjang yang boleh dikenakan ke atas pakaian yang lebih ketat atau mendedahkan untuk mengelak sebarang gangguan ketika berada di laluan tren bawah tanah.
  • “Saya perlu menaiki pengangkutan awam kerana saya tidak berkemampuan untuk menempah Uber setiap kali mahu meninggalkan apartmen. Jadi saya fikirkan bahawa ia sememangnya satu keperluan iaitu untuk melindungi diri dengan apa cara sekalipun,” kata model berusia 24 tahun dari Hamilton Heights, Kitty Lever.
  • Grace Masingale, 22, berkata ‘baju kereta api bawah tanahnya’ sentiasa tersimpan di dalam begnya.

Musim panas hampir tiba, ini bermaksud warga New York akan mula menampakkan lengan — kaki, bahu dan abdomen mereka. Akan tetapi, ramai wanita muda juga mula menyediakan pertahanan untuk menjauhkan lelaki-lelaki yang menyeramkan mereka, dengan mengenakan: baju kereta api bawah tanah atau ‘the subway shirt’.

Dikenali sebagai baju sopan atau ‘outfit dampener’, ia merupakan pakaian labuh dan panjang yang boleh dikenakan ke atas pakaian lebih ketat atau mendedahkan untuk mengelakkan gangguan ketika berada di laluan tren bawah tanah.

“Dengan kepergian musim sejuk, orang ramai mula kelihatan seperti mereka tidak pernah melihat seorang wanita sebelum ini,” kata Grace Masingale kepada The Post. 

Pengurus media sosial berusia 22 tahun dari Upper East Side itu ada beberapa pengalaman diganggu lelaki di dalam kereta api, dengan dihamburkan kata-kata seperti “saya mahu melihat apa di sebalik itu” (merujuk kepada pakaiannya) ke “buah dada kamu kelihatan menarik”, malah beliau juga pernah diekori keluar di stesen 23rd Street.

Kini apabila meninggalkan rumah, beliau menyarung sweater nipis di atas pakaiannya agar kurang menarik perhatian terhadap dirinya dan setibanya di destinasi, beliau menanggalkannya. 

Masingale berkata ‘baju kereta api bawah tanahnya’ sentiasa tersimpan di dalam begnya.

Fenomena baju kereta api bawah tanah turut tular di TikTok, dengan wanita muda New York mempamerkan kain flanel yang menutupi bentuk tubuh, kemeja-T labuh serta oxford mereka yang menggeleber. 

“Saya benci menaiki kereta api bawah tanah dan menarik perhatian orang terhadap diri dan saya juga tahu (pendedahan) kulit akan sentiasa menarik perhatian,” kata model berusia 24 tahun dari Hamilton Heights, Kitty Lever.

“Saya perlu menaiki pengangkutan awam kerana saya tidak berkemampuan untuk menempah Uber setiap kali mahu meninggalkan apartmen. Jadi saya fikirkan ia sememangnya satu keperluan iaitu untuk melindungi diri dengan apa cara sekalipun.”

Baju labuh itu juga bukan sekadar untuk mengelak jelingan serta komentar yang mengobjekkan. 

Jenayah kereta api bawah tanah memang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kisah seram dihadapi wanita menyebabkan pengguna wanita merasa mudah terdedah dengan bahaya.

Rae Hersey, 27, menetap di bandar itu selama sembilan tahun tetapi baru-baru ini mula membawa baju kereta api bawah tanah untuk menutupi dirinya semasa di bawah tanah. 

“Memakai baju di bahagian atas tidak semestinya menghalang apa-apa daripada berlaku, tetapi ia membuatkan saya berasa lebih selesa,” kata Hersey. 

“Saya tidak merasakan bahawa mana-mana wanita di bandar sepatutnya diganggu, tidak kira apa yang mereka pakai ketika menaiki kereta api,” kata Masingale. 

“Tetapi bagi saya secara peribadi, ia membantu membuatkan saya berasa lebih selesa dalam situasi yang berpotensi membawa kepada bahaya, katanya.

Alex Palmer bersetuju dan selama menjalani kehidupan di Upper East Side, penyiar audio berusia 32 tahun itu pernah berhadapan dengan seorang lelaki yang memuaskan nafsunya menggunakan tangan di gerabak tren sehingga mengikutnya keluar dari stesen. 

Pengalaman itu menyebabkan beliau mula membawa pakaian lapisan luar walaupun harapannya adalah supaya ia tidak perlu berlaku begitu.

“Ia mendatangkan perasaan bahawa kamu tidak boleh memakai apa saja yang kamu mahu pakai,” kata Palmer. 

“Dan itu sangat menyedihkan kerana ini merupakan ibu kota fesyen dunia dan di sinilah saya mahu mengekspresikan diri saya,” katanya.

Sumber: NYPOST

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *