Connect with us

Antarabangsa

Eksploitasi kanak-kanak, Pope Francis diminta serahkan rekod paderi pedofilia

Presiden Bolivia telah meminta agar Pope Francis menyerahkan fail-fail yang mengandungi rekod berkenaan gangguan seksual yang dilakukan oleh para paderi Katolik di negara-negara di Amerika Selatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Eksploitasi kanak-kanak, Pope Francis diminta serahkan rekod paderi pedofilia
Foto: Pope Francis (kiri) dan Presiden Bolivia, Luis Arce.
  • Presiden Bolivia meminta agar Pope Francis menyerahkan fail-fail mengandungi rekod berkenaan gangguan seksual dilakukan oleh para paderi Katolik di negara-negara di Amerika Selatan.
  • Permintaan tersebut dibuat oleh Presiden Luis Arce setelah terbongkarnya maklumat berkenaan tuduhan eksploitasi kanak-kanak dalam skala besar.
  • Siri penyiasatan berkenaan tersebut sedang berjalan setelah beberapa pengakuan ditemui di sebuah diari kepunyaan seorang paderi Jesuit Sepanyol yang telah meninggal dunia, Alfonso Pedrajas.
  • Pada diari tersebut, paderi itu membuat pengakuan bahawa beliau telahpun membuat gangguan seksual terhadap kira-kira 12 orang kanak-kanak di Bolivia.

BOLIVIA – Presiden Bolivia telah meminta agar Pope Francis menyerahkan fail-fail yang mengandungi rekod berkenaan gangguan seksual yang dilakukan oleh para paderi Katolik di negara-negara di Amerika Selatan.

Permintaan tersebut dibuat oleh Presiden Luis Arce setelah terbongkarnya maklumat berkenaan tuduhan eksploitasi kanak-kanak dalam skala yang besar.

Siri penyiasatan berkenaan hal tersebut sedang berjalan setelah beberapa pengakuan telah ditemui di sebuah diari kepunyaan seorang paderi Jesuit Sepanyol yang telah meninggal dunia, Alfonso Pedrajas.

Pada diari tersebut, paderi itu telah membuat pengakuan bahawa beliau telahpun membuat gangguan seksual terhadap kira-kira 12 orang kanak-kanak di Bolivia.

Maklumat yang terbongkar menerusi kandungan diari tersebut, yang mana ianya telah diterbitkan oleh akhbar El Pais di Sepanyol bulan lalu telah menyebabkan pihak pendakwa raya membuka sekurang-kurangnya lapan kes pendakwaan jenayah terhadap para paderi.

Selain Pedrajas, terdapat tiga orang lagi paderi yang telah disabitkan dengan dakwaan jenayah berkait pedofilia yang mana ketiga-ketiganya adalah daripada Sepanyol iaitu Luis Maria Roma, Alejandro Mestre dan Antonio Gausset.

Keempat-empat mereka telahpun meninggal dunia namun terdapat beberapa individu lain yang masih hidup yang turut didakwa atas perkara yang sama.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *