Connect with us

Antarabangsa

Dunia diminta sokong penyelesaian isu Myanmar

Masyarakat antarabangsa disaran menghormati kedaulatan Myanmar dan menyokong semua pihak di negara itu meleraikan perselisihan serta meneruskan proses peralihan politik melalui dialog politik di bawah rangka perlembagaan dan undang-undang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dunia diminta sokong penyelesaian isu Myanmar
Foto: Menteri Luar China, Qin Gang (kanan) bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Myanmar.
  • Menteri Luar China, Qin Gang berharap masyarakat antarabangsa menghormati kedaulatan Myanmar dan menyokong semua pihak di negara itu meleraikan perselisihan serta meneruskan proses peralihan politik melalui dialog politik di bawah rangka perlembagaan dan undang-undang.
  • Beliau yang juga ahli Dewan Negara memberitahu bahawa selaku jiran, China berharap Myanmar dapat mewujudkan kestabilan dan pembangunan.
  • “Dengan unsur dalaman dan luaran yang saling berkaitan, isu Myanmar menjadi amat rumit dan tidak mempunyai penyelesaian segera.
  • “Masyarakat antarabangsa harus menghormati usaha pengantaraan ASEAN dan menggalakkan pelaksanaan ‘Konsensus Lima Perkara’ mengenai Myanmar,” katanya.

BEIJING: Masyarakat antarabangsa disaran menghormati kedaulatan Myanmar dan menyokong semua pihak di negara itu meleraikan perselisihan serta meneruskan proses peralihan politik melalui dialog politik di bawah rangka perlembagaan dan undang-undang.

Demikian kata Menteri Luar China, Qin Gang, ketika bertemu utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Myanmar, Noeleen Heyzer di sini, pada Isnin.

Beliau yang juga ahli Dewan Negara memberitahu bahawa selaku jiran, China berharap Myanmar dapat mewujudkan kestabilan dan pembangunan.

“Dengan unsur dalaman dan luaran yang saling berkaitan, isu Myanmar menjadi amat rumit dan tidak mempunyai penyelesaian segera.

“Masyarakat antarabangsa harus menghormati usaha pengantaraan ASEAN dan menggalakkan pelaksanaan ‘Konsensus Lima Perkara’ mengenai Myanmar,” katanya

Qin juga menekankan pentingnya untuk bertindak secara berhati-hati dan pragmatik bagi mencegah percanggahan bertambah buruk sehingga mewujudkan limpahan krisis.

“China akan terus menyokong dan membantu misi pengantara utusan khas Myanmar,” katanya.

Heyzer dalam ucapan berkata bahawa usaha menyelesaikan isu Myanmar harus diterajui Myanmar sendiri dan aspirasi rakyat negaranya harus dihormati.

“PBB menghargai peranan penting China dalam mendorong penyelesaian isu Myanmar serta berharap China terus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan Myanmar,” kata duta khas itu. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *