Connect with us

Antarabangsa

Dubai bina masjid bercetak 3D pertama di dunia

Masjid cetakan 3D pertama di dunia akan dibina di Bur, Dubai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Fariesha Amirnudin

Published

on

Dubai bina masjid bercetak 3D pertama di dunia
Foto: Masjid cetakan 3D pertama di dunia akan muncul di Bur, Dubai.
  • Masjid cetakan 3D pertama di dunia akan dibina di Bur, Dubai.
  • Projek diumumkan pada Januari 2023, mewakili langkah terbaharu dalam strategi pencetakan 3D Dubai, bertujuan meletakkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Dubai sebagai hab pencetakan 3D menjelang 2030.
  • Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Kerajaan Dubai menyatakan pembinaan masjid seluas 2000 meter persegi itu akan bermula Oktober depan.

Abu Dhabi: Masjid cetakan 3D pertama di dunia akan dibina di Bur, Dubai.

Projek diumumkan pada Januari 2023, mewakili langkah terbaharu dalam strategi pencetakan 3D Dubai, bertujuan meletakkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Dubai sebagai hab pencetakan 3D menjelang 2030.

Menurut laporan The Kashmir Monitor, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Kerajaan Dubai menyatakan pembinaan masjid seluas 2000 meter persegi itu akan bermula Oktober depan.

Masjid itu juga akan memuatkan 600 jemaah.

Ia dijangka siap pada suku pertama tahun 2025.

Dalam pada itu, tiga pekerja akan mengendalikan pencetak 3D robotik yang akan mencetak dua meter persegi sejam.

Pencetak itu akan mencampurkan bahan mentah dan campuran konkrit khas.

Proses pencetakan berfungsi dengan meletakkan bahan cecair di sepanjang laluan ditetapkan yang dipetakan oleh komputer, sama seperti pencetak inkjet.

Cecair dirumuskan mineral menjadi pejal lalu menjadi konkrit untuk mengubah model digital menjadi objek 3D.

Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Dubai berkata kosnya adalah 30 peratus lebih tinggi daripada membina masjid secara biasa.

Walaubagaimanapun, penggunaan cetakan 3D itu akan mengurangkan sisa bahan binaan.

Sumber: The Kashmir Monitor

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *