Antarabangsa
Cuba bakar masjid, lelaki ditahan di Dresden, Jerman
Seorang lelaki menumpahkan petrol di hadapan sebuah masjid dan cuba membakar rumah ibadat itu, kata jurucakap polis.
- Seorang lelaki menumpahkan petrol di hadapan sebuah masjid dan cuba membakar rumah ibadat itu, kata jurucakap polis.
- Saksi menghubungi nombor perkhidmatan kecemasan selepas melihat lelaki itu menumpahkan petrol di luar masjid di Dresden, Jerman, pada Selasa.
- Suspek, 34, ditahan dan sedang dalam siasatan polis kerana cubaan membakar masjid itu.
BERLIN: Seorang lelaki menumpahkan petrol di hadapan sebuah masjid dan cuba membakar rumah ibadat itu, kata jurucakap polis.
Menurut International Quran News Agency, saksi menghubungi nombor perkhidmatan kecemasan selepas mereka melihat lelaki itu menumpahkan petrol di luar masjid di Dresden, Jerman, yang pada masa itu dihadiri ramai, lewat Selasa lalu.
Suspek, 34, ditahan dan sedang dalam siasatan polis kerana cubaan membakar masjid itu.
Walaubagaimanapun, motif insiden itu pada mulanya tidak jelas.
Suspek yang sama juga dikatakan telah membakar naskhah al-Quran di sebuah masjid pada April lalu.
Sumber: International Quran News Agency