Antarabangsa
Bible Ibrani 1,100 tahun dilelong pada harga USD38 juta di New York
Bible Ibrani berusia 1,100 tahun yang merupakan manuskrip bible tertua dan masih dijaga rapi, terjual pada harga USD38 juta dalam satu sesi lelongan New York pada Rabu.
- Bible Ibrani berusia 1,100 tahun yang merupakan manuskrip bible tertua dan masih dijaga rapi, terjual pada harga USD38 juta dalam satu sesi lelongan New York pada Rabu.
- Dikenali sebagai ‘Codex Sassoon’, keunikan Bible Ibrani ini antara kompilasi yang hampir lengkap.
- Ia juga merupakan salah sebuah manuskrip terjual pada harga tinggi dalam sesebuah lelongan.
- Pada 2021, salinan ‘unik’ perlembagaan A.S terjual pada harga USD43 juta. Codex Leicester Leonardo da Vinci pula terjual pada USD31 juta pada 1994 atau sekitar USD60 juta pada nilai dolar hari ini.
NEW YORK (AP) — Bible Ibrani berusia 1,100 tahun yang merupakan manuskrip bible tertua dan masih dijaga rapi, terjual pada harga USD38 juta dalam satu sesi lelongan New York pada Rabu.
Dikenali sebagai ‘Codex Sassoon’, Bible Ibrani yang terdiri daripada jilid-jilid kepingan tulisan tangan dibalut rapi dengan kulit itu, mengandungi kompilasi hampir lengkap.
Ia dibeli bekas Duta Besar A.S ke Romania, Alfred H. Moses bagi pihak American Friends of ANU, kemudian disumbangkan kepada ANU Museum of the Jewish People di Tel Aviv di mana ia akan dijadikan koleksi, Sotheby.
Manuskrip itu dipamerkan di Muzium ANU pada Mac lalu sebagai sebahagian daripada jelajah kebangsaan sebelum dilelong.
Pakar Sotheby Judaica, Sharon Liberman Mintz berkata tanda harga USD38 juta yang termasuk yuran rumah lelongannya, “mencerminkan kuasa, pengaruh, dan kepentingan Bible Ibrani, merupakan tonggak kemanusiaan yang sangat diperlukan.”
Ia juga merupakan salah sebuah manuskrip terjual pada harga tinggi dalam sesebuah lelongan.
Pada 2021, salinan ‘unik’ perlembagaan A.S terjual pada harga USD43 juta. Codex Leicester Leonardo da Vinci pula terjual pada USD31 juta pada 1994 atau sekitar USD60 juta pada nilai dolar hari ini.
Mintz berkata dia “sangat bergembira dengan keputusan bersejarah hari ini dan Codex Sassoon tidak lama lagi akan membuat kepulangan besar dan kekal ke Israel, untuk dipamerkan sebagai tatapan dunia.”
Codex Sassoon dipercayai mula direka pada sekitar tahun 880 and 960.
Ia mendapat namanya pada 1929, apabila ia dibeli David Solomon Sassoon, seorang anak kepada pembesar perniagaan Yahudi Iraq yang memenuhi ruangan rumahnya di London dengan koleksi manuskrip Yahudi.
Harta pusaka Sassoon dibahagikan selepas kematiannya, dan kemudian codex bible tersebut dijual Sotheby di Zurich pada 1978 kepada Dana Pencen Kereta Api British dengan harga sekitar USD320,000 atau uSD1.4 juta dalam nilai dolar hari ini.
Dana Pencen itu kemudiannya menjual Codex Sassoon 11 tahun kemudian kepada Jacqui Safra, seorang jurubank dan pengumpul seni yang membelinya pada 1989 dengan harga USD3.19 juta (USD7.7 juta dalam nilai dolar hari ini). – Agensi
Sumber: AP News