Terkini
BERJASA ajak NGO, parti terus bersuara hak Melayu
BERJASA menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkait sokongan ‘Proklamasi Orang Melayu’ yang diterajui bekas Perdana Menteri itu.
- BERJASA menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkait sokongan ‘Proklamasi Orang Melayu’ yang diterajui bekas Perdana Menteri itu.
- Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim berkata, pertemuan kedua-dua pemimpin itu bukan atas dasar kepentingan parti, sebaliknya demi bangsa Melayu.
- Justeru mana-mana parti yang berteraskan Melayu sewajarnya menyokong proklamasi ini, demi kepentingan bangsa di tanah air sendiri.
- Zamani mengajak semua pihak, sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti untuk terus bersuara memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu menerusi proklamasi berkenaan.
BANGI: BERJASA menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkait sokongan ‘Proklamasi Orang Melayu’ yang diterajui bekas Perdana Menteri itu.
Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim berkata, pertemuan kedua-dua pemimpin itu bukan atas dasar kepentingan parti, sebaliknya demi bangsa Melayu.
Justeru mana-mana parti yang berteraskan Melayu sewajarnya menyokong proklamasi ini, demi kepentingan bangsa di tanah air sendiri.
“Jadi bagi saya bukan hanya PAS, malah juga sesiapa pun boleh. Dan saya sangat berasa bangga dan gembira apabila orang Melayu di luar sana, bukan hanya orang politik, NGO dan sebagainya yang berbangsa Melayu bersama-sama dengan proklamasi ini.
“(Proklamasi) satu perkara yang perlu kita perkemaskan dan perkasakan. Jadi bila mendapat khabar berita PAS memberikan sokongan, bagi saya itu bukan kerana parti tetapi atas dasar bangsa kepada orang Melayu dan perjuangan proklamasi Melayu,” katanya.
Sehubungan itu, Zamani mengajak semua pihak, sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti untuk terus bersuara memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu menerusi proklamasi berkenaan.
Pada 3 Mei lalu, media melaporkan beberapa pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi menandatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ yang diterajui Dr Mahathir.
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, PAS menyokong usaha Dr Mahathir memperkasa Melayu kembali dengan menemukan para pemimpin Melayu, para ilmuwan, parti politik, NGO dan individu berpengaruh.
Bagaimanapun, pertemuan itu ternyata menimbulkan pelbagai spekulasi oleh pihak tertentu yang mendakwa kononnya ia adalah usaha memancing undi Melayu untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Sumber: Ismaweb