Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Ahli kumpulan Coldplay sokong LGBTQ

Vokalis utama kumpulan Coldplay, Chris Martin merupakan penyokong ideologi LGBTQ sejak awal kariernya.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Ahli kumpulan Coldplay sokong LGBTQ
Foto: Vokalis utama kumpulan Coldplay, Chris Martin.
  • Vokalis utama kumpulan Coldplay, Chris Martin merupakan penyokong ideologi LGBTQ sejak awal kariernya.
  • Selain pernah menyuarakan sokongannya terhadap perkahwinan sejantina di Australia pada tahun 2017, dia sering dilihat membawa bendera LGBTQ ketika melakukan persembahan di konsert Coldplay.
  • Persembahan Coldplay di separuh masa liga Super Bowl pada tahun 2016 dianggap sebagai detik terbesar bagi komuniti LGBT menurut majalah The Advocate.
  • Coldplay bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November depan sempena siri jelajah Music of the Spheres World Tour di beberapa negara terpilih.

Vokalis utama kumpulan Coldplay, Chris Martin merupakan penyokong ideologi LGBTQ sejak awal kariernya.

Memetik laporan SBS pada tahun 2019, penyanyi berusia 46 tahun itu mengakui dahulu dia mempunyai pendirian anti-LGBTQ ketika di zaman persekolahannya disebabkan faktor agama.

Bagaimanapun, pendiriannya berubah saat usianya mencecah 15 tahun apabila dia menyedari kebanyakan dari ‘hero’ dalam kehidupannya adalah golongan songsang tersebut.

Dia lalu mengambil keputusan yang dirinya mempunyai kepercayaan agama tersendiri berkenaan perkara tersebut

Dia juga pernah menyuarakan sokongannya terhadap perkahwinan sejantina di Australia pada tahun 2017.

Sebagai tanda sokongan kuatnya terhadap ideologi songsang itu, Chris sering dilihat membawa bendera LGBTQ ketika melakukan persembahan di konsert Coldplay.

Salah satunya ketika hari pertama konsert jelajah kumpulan Britain itu di Singapura pada tahun 2017.

Ketika menyanyikan lagu berjudul Viva La Vida di hadapan lebih 50,000 penonton, Chris mengambil bendera pelangi yang melambangkan komuniti songsang itu dari salah seorang penonton.

Dia kemudian memakai bendera itu di pinggangnya sambil meneruskan persembahan.

Tindakan Chris itu mendapat sambutan dari komuniti LGBT di sana meskipun republik itu masih tidak membenarkan sebarang promosi homoseksualiti ketika itu.

Persembahan Coldplay di separuh masa liga Super Bowl pada tahun 2016 dianggap sebagai detik terbesar bagi komuniti LGBT menurut majalah The Advocate, demikian ciapan dari akaun Twitter ColdplayXtra selaku akaun rasmi berita berkenaan kumpulan itu.

Coldplay baru sahaja mengumumkan tarikh konsertnya di Kuala Lumpur, iaitu pada 22 November akan datang.

Konsert sulung kumpulan terkenal Britain di Malaysia itu merupakan antara konsert dalam siri jelajah Music of the Spheres World Tour di beberapa negara Asia terpilih termasuklah Taiwan, Jepun dan Jakarta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada mereka menerusi satu hantaran video di laman Twitter rasminya.

Sumber: SBS, USA Today, Youtube Homosexuality in Singapore, Twitter ColdplayXtra, Twitter Anwar Ibrahim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

EVALI: Paru-paru pengguna vape 19 tahun seperti ‘kaca pecah’

Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.
  • Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.
  • Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.
  • Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.
  • Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).

Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.

Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.

Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.

Doktor kemudiannya bingung apabila rawatan antibiotik itu tidak menghasilkan kesan positif.

Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.

Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).

EVALI menjadi kebimbangan selama bertahun-tahun di negara itu apabila kadar penggunaannya dalam kalangan remaja dilihat melonjak.

Laporan kesihatan awam menunjukkan sekitar 2,800 pesakit dimasukkan ke hospital disebabkan EVALI pada 2020, 15 peratus kes membabitkan remaja, isyarat bermulanya wabak kecil kes EVALI di seluruh AS.

Wanita muda itu mengalami gejala selama seminggu sebelum ke hospital, termasuk bacaan demam yang tinggi sehingga menggigil, batuk dan sesak nafas semasa berehat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending