Antarabangsa
57 pasangan disyaki LGBT ditahan di Pekanbaru
Sebanyak 57 pasangan disyaki Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ditahan Unit Polis Pelayanan Awam (Satpol PP) Kota Pekanbaru dalam serbuan di sekitar daerah Sukajadi, Pekanbaru, Riau, Indonesia pada Ahad lalu.
- Sebanyak 57 pasangan disyaki Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ditahan Unit Polis Pelayanan Awam (Satpol PP) Kota Pekanbaru dalam serbuan di sekitar daerah Sukajadi, Pekanbaru, Riau, Indonesia pada Ahad lalu.
- Lapan individu lain ditahan anggota polis Sukajadi membabitkan kes dadah dalam serbuan sama.
- Sebelum ini, ketua polis dan ketua mukim Sukajadi menerima laporan daripada masyarakat tempatan yang mengatakan kegiatan pelacuran, LGBT dan dadah semakin berleluasa di kawasan itu.
Sebanyak 57 pasangan disyaki Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ditahan Unit Polis Pelayanan Awam (Satpol PP) Kota Pekanbaru dalam serbuan di sekitar daerah Sukajadi, Pekanbaru, Riau, Indonesia pada Ahad lalu.
Manakala lapan individu lain ditahan anggota polis Sukajadi membabitkan kes dadah dalam serbuan sama.
“Awal pagi tadi (28 Mei 2023), kita telah melakukan serbuan bersama di kawasan inap desa di daerah Sukajadi. Serbuan ini atas permintaan ketua polis Sukajadi dan ketua mukim Sukajadi,” kata Ketua Satpol PP Pekanbaru, Zulfahmi Adrian.
Sebelum ini, ketua polis dan ketua mukim Sukajadi menerima laporan daripada masyarakat tempatan yang mengatakan kegiatan pelacuran, LGBT dan dadah semakin berleluasa di kawasan itu.
Hasil serbuan itu, 29 wanita dan 28 lelaki ditahan di Wisma Ahmad Yani dan Wisma Sukajadi di mana keseluruhannya terdapat 57 individu disyaki LGBT.
“Dalam serbuan di dua rumah tumpangan ini, kami menemui empat wanita dalam satu bilik. Di bilik lain, kami menemui beberapa lelaki disyaki gay,” kata Zulfahmi.
Sumber: Info Publik