Antarabangsa
Wanita saman universiti di AS kerana benarkan lelaki transgender sertai asrama mereka
Tujuh wanita menyaman rumah sorority Kappa Kappa Gamma (KKG) selepas diarahkan untuk menerima seorang lelaki transgender ke dalam rumah khusus untuk penuntut wanita di Universiti Wyoming, Amerika Syarikat (AS) itu.
- Tujuh wanita memfailkan saman pada 27 Mac lalu terhadap rumah sorority Kappa Kappa Gamma (KKG) di Universiti Wyoming, Amerika Syarikat (AS).
- Mereka bertindak sedemikian kerana membantah kemasukan seorang lelaki transgender, Artemis Langford, 21, atau nama sebenarnya, Dallin ke dalam sistem asrama khusus wanita itu.
- Penghuni wanita KKG mendakwa Dallin sering memerhati mereka ketika saat-saat peribadi, seperti ketika menukar pakaian atau di ruang mandi.
- Dallin juga didakwa terangsang ketika berbuat demikian.
- Sorority ialah sistem penginapan khusus wanita bagi penuntut kolej yang diamalkan di sebahagian negara Barat seperti AS, bagi penuntut lelaki pula ia dikenali sebagai fraternity.
Tujuh wanita menyaman rumah sorority Kappa Kappa Gamma (KKG) selepas diarahkan untuk menerima seorang lelaki transgender ke dalam rumah khusus untuk penuntut wanita di Universiti Wyoming, Amerika Syarikat (AS) itu.
Memetik laporan Reduxx, Artemis Langford, 21, atau nama sebenarnya, Dallin berjaya menyertai KKG selepas permohonannya pada September lalu berjaya meraih undi mencukupi.
Sebagai ahli KKG, dia dibenarkan untuk menghuni rumah yang menempatkan sehingga 50 penuntut wanita itu dan bakal berpindah masuk tahun ini.
Di rumah itu, dia akan berkongsi bilik mandi umum bersama wanita lain di mana pintu bagi ruang mandi peribadi tidak dilengkapi kunci dan ruang mandi utama pula tidak dilengkapi dengan bilik persalinan peribadi.
Walaupun Dallin tinggal di tempat lain buat masa ini, ahli rumah lain mendakwa dia kerap berada di ruang utama itu memerhati mereka.
Menurut rekod mahkamah, ahli KKG mendakwa Dallin pernah mengintai mereka di ruang peribadi dan zakarnya dilihat menegang.
Dia juga didakwa mempunyai tarikan seksual terhadap wanita berdasarkan bukti di laman Tindernya yang menyebut dia berminat dengan wanita.
Dallin juga pernah dilihat memerhati seorang ahli menukar pakaian sambil memegang zakarnya, yang jelas menunjukkan dia terangsang menyaksikan perkara itu.
“Seorang lelaki dewasa tidak menjadi seorang wanita hanya kerana dia memberitahu orang lain bahawa dia mempunyai ‘identiti jantina’ wanita dan berkelakuan dalam apa yang dia percaya sebagai cara stereotaip wanita,” demikian yang tertulis dalam aduan undang-undang difailkan pada Isnin di Mahkamah Daerah AS untuk Wyoming.
“Fraternity Council telah mengkhianati tujuan utama dan misi Kappa Kappa Gamma dengan menggabungkan pengalaman menjadi seorang wanita dengan pengalaman lelaki yang terlibat dalam tingkah laku yang umumnya dikaitkan dengan wanita”.
Tujuh wanita yang enggan dikenali itu terdiri dari ahli semasa dan bekas ahli KKG, meminta mahkamah membatalkan keahlian Dallin dalam KKG.
Mereka memfailkan saman pada 27 Mac lalu terhadap sorority itu dan presiden majlisnya, Mary Pat Rooney.
Dalam dokumen undang-undang, Dallin dirujuk dengan nama samaran “Terry Smith” dan dipanggil dengan kata ganti nama lelaki untuk memanggilnya.
Sorority ialah sistem penginapan khusus wanita bagi penuntut kolej yang diamalkan di sebahagian negara Barat seperti AS.
Sistem yang berasal dari Yunani itu menempatkan ahli-ahli yang terpilih di dalam sebuah rumah di kawasan kampus.
Selain menerima penjagaan lebih rapi berbanding penuntut lain yang menghuni asrama biasa, sistem itu juga bertujuan memupuk semangat persaudaraan sesama ahlinya.
Sistem ini juga wujud untuk penuntut lelaki, yang dikenali sebagai fraternity.
Sumber: Reduxx