Connect with us

Antarabangsa

Tujuh maut, termasuk kanak-kanak dalam serangan di sebuah resort

Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak selepas beberapa individu menyerang resort La Palma di Guanajuato, Mexico pada Sabtu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tujuh maut, termasuk kanak-kanak dalam serangan di sebuah resort
Foto: Anggota polis ketika menjalankan siasatan selepas beberapa individu menyerang resort La Palma di Guanajuato, Mexico pada Sabtu.
  • Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak selepas beberapa individu menyerang resort La Palma di Guanajuato, Mexico pada Sabtu.
  • Pihak berkuasa berkata, menemui mayat tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di premis berkenaan.
  • Beberapa lelaki dilaporkan menyerbu resort itu pada jam 4.30 petang pada Sabtu.
  • Lelaki berkenaan melarikan diri selepas kejadian dan membawa bersama kamera litar tutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan.

GUANAJUATO: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak selepas beberapa individu menyerang resort La Palma di Guanajuato, Mexico pada Sabtu.

Pihak berkuasa berkata, mereka menemui mayat tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di premis berkenaan.

Seorang lagi ditemui cedera dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Beberapa lelaki dilaporkan menyerbu resort itu pada jam 4.30 petang pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa berkata, lelaki berkenaan melarikan diri selepas kejadian dan membawa bersama kamera litar tutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan.

Setakat ini tiada suspek ditahan.

Pihak polis bekerjasama dengan anggota tentera Mexico, termasuk kegunaan helikopter, bagi menyiasat kejadian itu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *