Connect with us

Antarabangsa

Transgender tidak boleh guna kemudahan dengan sesuka hati di North Dakota

Golongan transgender kanak-kanak dan dewasa di North Dakota, Amerika Syarikat (AS) tidak akan dapat memasuki bilik mandi, bilik persalinan atau tandas bukan bersamaan dengan jantina asal mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Fariesha Amirnudin

Published

on

Transgender tidak boleh guna kemudahan dengan sesuka hati di North Dakota
Foto: Gabenor Republikan, Doug Burgum.
  • Golongan transgender kanak-kanak dan dewasa di North Dakota tidak akan dapat memasuki bilik mandi, bilik persalinan atau tandas bukan bersamaan dengan jantina asal mereka.
  • Perkara itu berada di bawah undang-undang baharu yang meliputi beberapa kemudahan dikendalikan kerajaan yang ditandatangani Gabenor Republikan, Doug Burgum.
  • Tandas dan bilik mandi akan ditetapkan untuk digunakan secara eksklusif oleh lelaki atau wanita.
  • Bagi transgender atau golongan yang tidak mengikuti jantina asalnya perlu mendapatkan kelulusan daripada kakitangan untuk menggunakan tandas atau bilik mandi pilihan mereka.

Golongan transgender kanak-kanak dan dewasa di North Dakota, Amerika Syarikat (AS) tidak akan dapat memasuki bilik mandi, bilik persalinan atau tandas bukan bersamaan dengan jantina asal mereka.

Perkara itu berada di bawah undang-undang baharu yang meliputi beberapa kemudahan dikendalikan kerajaan yang ditandatangani Gabenor Republikan, Doug Burgum.

Menurut laporan NBC News, peraturan itu merangkumi asrama, perumahan lain, penjara dan kemudahan pemulihan untuk belia dan dewasa yang dikawal lembaga pendidikan tinggi negeri.

Selain itu, tandas dan bilik mandi ditetapkan untuk digunakan secara eksklusif oleh lelaki atau wanita.

Bagi transgender atau golongan yang tidak mengikuti jantina asalnya perlu mendapatkan kelulusan daripada kakitangan untuk menggunakan tandas atau bilik mandi pilihan mereka.

Dalam pada itu, pejabat Burgum pada Rabu mengumumkan beliau menandatangani rang undang-undang itu pada hari sebelumnya.

Ia diluluskan Dewan Undangan Negeri dan Senat dengan mendapat majoriti kuasa veto.

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika berkata setakat tahun ini, lebih daripada 450 rang undang-undang yang membantah tuntutan golongan transgender diperkenalkan dalam badan perundangan negeri.

Namun, pejabat gabenor enggan mengulas mengenai rang undang-undang itu pada hari Rabu.

Sumber: NBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *