Terkini
Risiko cuaca panas, kurangkan aktiviti di luar rumah
Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memperbanyakkan minum air kosong berikutan cuaca panas yang agak tinggi sejak kebelakangan ini.
- Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memperbanyakkan minum air kosong berikutan cuaca panas yang agak tinggi sejak kebelakangan ini.
- Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, fenomena cuaca panas di atas 34 darjah Celsius serta berjerebu yang melanda negara boleh menyebabkan masalah kesihatan.
- “Sekarang cuaca panas memang susah cecah bawah 34 darjah Celsius, malah disebabkan cuaca panas ini terjadinya jerebu.
- “Orang ramai harus peka terutama mereka yang memang mempunyai penyakit seperti asma dan bronkitis kerana berisiko tinggi untuk mengalami keadaan sukar bernafas (sesak nafas).
- “Dapatkan rawatan doktor apabila berlaku tanda awal sesak nafas dan mereka yang tidak sihat segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya kepada Harian Metro.
Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memperbanyakkan minum air kosong berikutan cuaca panas yang agak tinggi sejak kebelakangan ini.
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, fenomena cuaca panas di atas 34 darjah Celsius serta berjerebu yang melanda negara boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Katanya, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai pakaian selesa yang sesuai, memakai pelitup muka dan mengehadkan aktiviti luar.
“Dalam keadaan cuaca panas sekarang, paling penting banyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan. Elakkan mengambil minuman manis, kafein, berkarbonat atau beralkohol kerana boleh meningkatkan kepekatan darah seterusnya dehidrasi.
“Sekarang cuaca panas memang susah cecah bawah 34 darjah Celsius, malah disebabkan cuaca panas ini terjadinya jerebu.
“Orang ramai harus peka terutama mereka yang memang mempunyai penyakit seperti asma dan bronkitis kerana berisiko tinggi untuk mengalami keadaan sukar bernafas (sesak nafas).
“Dapatkan rawatan doktor apabila berlaku tanda awal sesak nafas dan mereka yang tidak sihat segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya kepada Harian Metro.
Dr Hanafiah berkata, cuaca panas dan berjerebu juga memberi risiko kesihatan kepada orang ramai, justeru itu setiap individu perlu menjaga kesihatan diri masing-masing supaya kekal sihat dan pastikan memakai pelitup muka ketika berada di luar.
Beliau berkata, kerajaan juga harus lebih tegas mengharamkan pembakaran terbuka dan aktiviti membakar mercun kerana boleh meningkatkan lagi kandungan partikel debu dalam udara dan menyumbang kepada jerebu yang teruk.
Sumber: Harian Metro