Connect with us

Antarabangsa

Remaja transgender dituduh rancang tembakan di sekolah, turut sasarkan gereja

Seorang remaja lelaki yang dikenal pasti sebagai transgender ditahan kerana disyaki merancang melakukan tembakan secara besar-besaran di sebuah sekolah di Colorado.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Remaja transgender dituduh rancang tembakan di sekolah, turut sasarkan gereja
Foto: William Whitworth.
  • Seorang remaja lelaki yang dikenal pasti sebagai transgender ditahan kerana disyaki merancang untuk melakukan tembakan secara besar-besaran di sebuah sekolah di Colorado Springs, Colorado.
  • William Whitworth, 19, ditahan pada 31 Mac atas tuduhan disyaki membuat cubaan membunuh tahap pertama selepas dia mengaku merancang melakukan tembakan di sekolah di kawasan Colorado Springs. 
  • William dilahirkan sebagai lelaki, namun menggunakan kata ganti nama ‘she/her’ dan merujuk dirinya sebagai Lilly atau Lily.

Seorang remaja lelaki yang dikenal pasti sebagai transgender ditahan kerana disyaki merancang melakukan tembakan secara besar-besaran di sebuah sekolah di Colorado.

William Whitworth, 19, ditahan pada 31 Mac lalu atas tuduhan disyaki membuat cubaan membunuh tahap pertama selepas dia mengaku merancang melakukan tembakan di sekolah di kawasan Colorado Springs. 

Menurut Reduxx, William dilahirkan sebagai lelaki, namun menggunakan kata ganti nama ‘she/her’ dan menggunakan nama Lilly atau Lily.

Jurucakap Pejabat Peguam Daerah Kehakiman ke-18, Eric Ross mengesahkan yang William bertukar jantina daripada lelaki kepada ‘perempuan’.

Sebelum itu, polis dipanggil ke kediaman William selepas kakaknya menelefon dan mendakwa bahawa dia berkelakuan ganas dan merancang melakukan tembakan di sekolah tersebut. 

Setibanya di lokasi, anggota polis mendapati William mabuk di dalam biliknya yang dipenuhi dengan najis. 

Rumah itu juga berada dalam keadaan rosak teruk dan timbalan ketua polis menyatakan “terdapat sampah bertimbun di sekeliling rumah sehingga menyukarkan untuk berjalan masuk”.

“Terdapat juga banyak bekas berisi sisa makanan yang sudah berkulat di dalamnya dan terdapat banyak bekas minuman beralkohol terletak di seluruh rumah.” tambahnya.

Mereka juga menemui buku nota mengandungi cara membuat senjata api menggunakan pencetak 3D dan cara membina bom asas. 

William juga mengaku dia menonton video memaparkan cara membuat alat letupan di YouTube.

Antara barang milik William ialah papan putih menunjukkan pelan lantai Timberview Middle School, yang disifatkannya sebagai ‘sasaran utama’.

Prairie Hills Elementary dan Pine Creek High School juga dilaporkan turut disenaraikan sebagai ‘sasaran’ dalam salah satu buku nota Whitworth yang lain. 

William juga memiliki senarai ‘terperinci’ bagi orang yang dia rancang untuk dibunuh dan dia juga memberitahu polis bahawa gereja adalah antara ‘sasarannya’ yang lain.

Apabila polis bertanya mengapa dia mahu melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai, William memberitahu mereka bahawa “tiada sebab tertentu,” tetapi terus menyatakan bahawa dia hampir untuk melaksanakan rancangannya.

Bagaimanapun, tiada senjata ditemui di rumah William.

William didakwa dengan dua pertuduhan cubaan membunuh peringkat pertama iaitu mengancam, melakukan jenayah dan campur tangan dengan kakitangan, fakulti atau pelajar institusi pendidikan. 

Dia ditahan dengan ikat jamin $75,000 (RM330,675) dan dijadualkan untuk perbicaraan awal pada 5 Mei depan.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *