Connect with us

Terkini

Pastikan p-hailing tak terima nasib sama seperti e-hailing – PENGHANTAR

Keputusan kerajaan untuk mengawal selia pendapatan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dilihat sebagai langkah awal dalam menambah baik sektor ekonomi gig itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pastikan p-hailing tak terima nasib sama seperti e-hailing – PENGHANTAR
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keputusan kerajaan untuk mengawal selia pendapatan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dilihat sebagai langkah awal dalam menambah baik sektor ekonomi gig itu.
  • Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor, berkata keprihatinan kerajaan dalam mengatasi isu manipulasi atau penindasan oleh syarikat penyedia perkhidmatan menjadi titik tolak kepada sinar baharu bagi semua penghantar p-hailing.
  • Apa yang paling penting sekarang adalah bagaimana pelaksanaan APAD dalam menangani isu ini kerana pihaknya tidak mahu apa yang berlaku dalam sektor ekonomi gig khususnya e-hailing sebelum ini, berlaku pula kepada p-hailing.
  • Terdapat beberapa perkara yang perlu APAD laksanakan bagi menjamin kebajikan pendapatan rakan PENGHANTAR seperti menetapkan pelan harga lantai bagi mengelakkan kejatuhan kadar upah perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesanan barangan atau makanan.

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk mengawal selia pendapatan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dilihat sebagai langkah awal dalam menambah baik sektor ekonomi gig itu.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor, berkata keprihatinan kerajaan dalam mengatasi isu manipulasi atau penindasan oleh syarikat penyedia perkhidmatan menjadi titik tolak kepada sinar baharu bagi semua penghantar p-hailing.

Namun, menurut beliau apa yang paling penting sekarang adalah bagaimana pelaksanaan APAD dalam menangani isu ini kerana pihaknya tidak mahu apa yang berlaku dalam sektor ekonomi gig khususnya e-hailing sebelum ini, berlaku pula kepada p-hailing.

Justeru, katanya, beberapa perkara perlu APAD laksanakan bagi menjamin kebajikan pendapatan rakan PENGHANTAR seperti menetapkan pelan harga lantai bagi mengelakkan kejatuhan kadar upah perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesanan barangan atau makanan.

“APAD juga perlu menetapkan pelan jarak pengambilan pesanan maksimum empat kilometer (km)…jika jarak lebih daripada itu, pihak syarikat perlu memberi insentif pick-up (pengambilan) bagi mengelakkan rakan PENGHANTAR mengalami kerugian memandangkan kos pekerjaan p-hailing ditanggung 100 peratus mereka sendiri.

“Kerajaan juga harus menambah baik peta digital pada aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan, yang mana jarak peta digital terbabit perlu selaras dengan jarak pada Google Maps,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata APAD juga perlu memantau dan memastikan setiap promosi atau insentif ditawarkan kepada semua penghantar p-hailing adalah telus, selain satu talian aduan juga perlu dibuka bagi memudahkan penghantar p-hailing berhubung dengan pihak APAD.

“Antara cadangan pelaksanaan lain adalah pihak APAD perlu menyemak semula setiap prosedur operasi standard (SOP) dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan syarikat penyedia perkhidmatan.

“Penting untuk dipastikan ia selaras konsep ekonomi gig, di mana ia adalah satu pekerjaan bebas dan fleksibel, serta tidak terikat undang-undang di bawah Akta Kerja 1955.

“Harapan kami juga satu undang-undang bakal dikuatkuasakan meliputi keseluruhan ekosistem ekonomi gig p-hailing,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author