Terkini
Media bahasa Inggeris tidak pupuk keharmonian, gambarkan Muslim ekstrem – peguam
Media perdana Inggeris disifatkan tidak mampu memupuk keharmonian sebaliknya mereka mempertahankan perbezaan dan menggambarkan Muslim tidak toleran dan ekstrem.

- Media perdana Inggeris disifatkan tidak mampu memupuk keharmonian sebaliknya mereka mempertahankan perbezaan dan menggambarkan Muslim tidak toleran dan ekstrem.
- Peguam, Lukman Sheriff berkata demikian mengulas suasana di TikTok hari ini di mana ramai pempengaruh bukan Islam mencuba berpuasa termasuk golongan warga asing.
- Situasi ini tidak sama sekali diketengahkan oleh media Inggeris yang hanya akan membangkitkan isu jika ada Muslim memasuki gereja atau menyokong sekularisme mahupun liberalisme.
- “Cuba bayangkan media perdana English kita. Benda begini dia tak celebrate. Muslim masuk church dia masuk media. Muslim sokong sekularisme diketengahkan. Muslim sokong liberalisma diraikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
KUALA LUMPUR – Media perdana Inggeris disifatkan tidak mampu memupuk keharmonian sebaliknya mereka mempertahankan perbezaan dan menggambarkan Muslim tidak toleran dan ekstrem.
Peguam, Lukman Sheriff berkata demikian mengulas suasana di TikTok hari ini di mana ramai pempengaruh bukan Islam mencuba berpuasa termasuk golongan warga asing.
Bagaimanapun, katanya situasi ini tidak sama sekali diketengahkan oleh media Inggeris yang hanya akan membangkitkan isu jika ada Muslim memasuki gereja atau menyokong sekularisme mahupun liberalisme.
“Mekyun cuba berpuasa tetapi tidak berjaya lagi. Ceddy dah berbelas hari berpuasa. Ramai non Muslim influencer dah cuba berpuasa termasuk foreigners dan mendapat banyak view dan like.
“Ramai seronok melihat mereka berpuasa. Cuma uncle Anaconda belum tunjuk beliau berpuasa walaupun dah melawat bazar ramadan. Inilah yang berlaku di TikTok.
“Cuba bayangkan media perdana English kita. Benda begini dia tak celebrate. Muslim masuk church dia masuk media. Muslim sokong sekularisme diketengahkan. Muslim sokong liberalisma diraikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Lukman Sheriff berkata, amalan puasa bukan Islam boleh sahaja diarus perdanakan sebagai amalan keharmonian sekali gus ia akan memenangi hati ramai Muslim selain menjadikan masyarakat lebih rapat dan berempati.
Beliau turut memuji aplikasi TikTok yang menurutnya boleh memupuk keharmonian.
“Tiktok ini boleh memupuk keharmonian. Ia secara rata satu media yang ringan. Mekyun, Ceddy, Anaconda dan lain-lain bukan famous sebab mereka puasa. Mekyun sebab cakap loghat Kelantan, Ceddy sebab review makan dalam Bahasa Melayu, Anaconda pula sebab shuffle dan kelakarnya.
“Tetapi sebab ramai pengikut mereka berpuasa, mereka pun cuba. Siap sahur. Mereka masih tetap bukan Muslim. Ceddy ada juga review kedai tak halal misalnya.
“Tetapi mereka cuba berpuasa bersama-sama kita dan ini “is highly appreciated”. Mereka berempati dengan Muslim. Jadi create good will. Banyak tips dan encouragement diterima sebaliknya,” katanya.
Situasi ini juga menyebabkan beliau menimbulkan persoalan, pantang sangatkah media kita ini untuk mengeluarkan laporan yang berbentuk memupuk keharmonian? – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Lukman Sheriff
