Connect with us

Terkini

Malaysia gagal dalam penyatuan linguistik – Datuk Dr Teo Kok Seong

Malaysia disifatkan gagal dalam penyatuan linguistik yang termasuk dalam aspek pembentukan negara bangsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Malaysia gagal dalam penyatuan linguistik - Datuk Dr Teo Kok Seong
Foto: Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menerusi video TikTok dikongsikan @duniamelayu berkata penyatuan linguistik ini dapat dikecapi dengan syarat adanya keazaman politik.
  • Saya kira dengan adanya dasar MADANI ini diharapkan sangat-sangatlah malah ditagihlah kerana kerajaan ini menggunakan nama perpaduan… dan ia tema pentadbiran negara ini oleh kerajaan sekarang jadi ditagih sangat-sangat kerajaan sekarang berusaha untuk menyelesaikan masalah linguistik ini,” katanya dalam video berdurasi empat minit 29 saat.
  • “Kita gagal dalam beberapa aspek pembentukan negara bangsa dan antaranya ialah penyatuan linguistik ini.” – Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong
  • Bahasa sememangnya dapat menyatupadukan ummah sebagaimana Malaysia mahu menggunakan bahasa Melayu untuk menyatupadukan anak bangsa di sini.
  • Beliau melihat Indonesia berjaya dalam aspek penyatuan linguistik di mana bukan sahaja semua rakyatnya fasih berbahasa Indonesia malah mereka sangat bangga, sayang dan setia kepada bahasa itu.

KUALA LUMPUR — Malaysia disifatkan gagal dalam penyatuan linguistik yang termasuk dalam aspek pembentukan negara bangsa.

Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menerusi video TikTok dikongsikan @duniamelayu berkata penyatuan linguistik ini dapat dikecapi dengan syarat adanya keazaman politik.

Saya kira dengan adanya dasar MADANI ini diharapkan sangat-sangatlah malah ditagihlah kerana kerajaan ini menggunakan nama perpaduan… dan ia tema pentadbiran negara ini oleh kerajaan sekarang jadi ditagih sangat-sangat kerajaan sekarang berusaha untuk menyelesaikan masalah linguistik ini,” katanya dalam video berdurasi empat minit 29 saat.

Kok Seong berkata, ada bukan Melayu tidak fasih berbahasa Melayu menganggap ia sebagai alat untuk berkomunikasi sahaja jadi jika mereka tidak boleh berkomunikasi dengan baik, mereka berpandangan ia tidak bererti mereka tidak mempunyai patriotik terhadap negara ini.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan pandangan sebegitu kepada kerajaan perpaduan hari ini untuk mengulasnya.

“Jadi saya kira kita harus akui ya tuan-tuan dan puan-puan bahawa selama ini kita gagal dalam sesetengah aspek pembentukan negara bangsa… kita harus berjiwa besar.

“Kita gagal dalam beberapa aspek pembentukan negara bangsa dan antaranya ialah penyatuan linguistik ini,” katanya.

Beliau berkata, bahasa sememangnya dapat menyatupadukan ummah sebagaimana Malaysia mahu menggunakan bahasa Melayu untuk menyatupadukan anak bangsa di sini.

Ia secara terang-terangan dihasratkan dalam penyata pendidikan Razak yang menjadi Akta Pendidikan 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, katanya.

Memetik sejarah maharaja Shih Huang Ti, beliau berkata pemerintah itu berjaya menggunakan bahasa dalam bentuk sistem tulisan untuk menyatukan puak Cina yang bertutur dengan bahasa berbeza.

Katanya, melalui sistem tulisan dikongsi bersama itu puak Cina yang berbeza suku dapat berkomunikasi menerusinya.

Sementara itu, pada zaman moden pula beliau melihat Indonesia berjaya dalam aspek penyatuan linguistik di mana bukan sahaja semua rakyatnya fasih berbahasa Indonesia malah mereka sangat bangga, sayang dan setia kepada bahasa itu.

“Malangnya ini tidak berlaku di negara kita (Malaysia) jadi kita gagal dalam aspek ini dan saya berharap dengan adanya dasar MADANI ini, sesuatu dapat dilakukan.

“Akhir sekali, penyatuan linguistik ini sesuatu yang boleh dibuatlah syaratnya mesti ada keazaman politik,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber: TikTok duniamelayu

Author