Connect with us

Antarabangsa

Lebih 6,500 serangan seksual di hospital Britain dalam tempoh tiga tahun – Statistik

Satu statistik mengejutkan didedahkan minggu ini menunjukkan lebih 6,500 serangan seksual berlaku di hospital Britain dalam tempoh tiga tahun sahaja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Lebih 6,500 serangan seksual di hospital Britain dalam tempoh tiga tahun – Statistik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu statistik didedahkan minggu ini menunjukkan lebih 6,500 serangan seksual berlaku di hospital Britain dalam tempoh tiga tahun sahaja.
  • Laporan diterbitkan Rangkaian Hak Wanita itu menunjukkan sekurang-kurangnya 2,088 rogol dan 4,451 serangan seksual dilaporkan antara Januari 2019 dan Oktober 2022.
  • Daripada keseluruhan angka tersebut, hanya 4.1 peratus sahaja pesalah didakwa.
  • “Jumlah serangan seksual dan rogol adalah lebih mengerikan apabila anda mengambil kira data ini merangkumi tempoh pandemik, ketika kebanyakan negara dikurung dan hospital sepatutnya lebih berhati-hati”. – Pengasas Rangkaian Hak Wanita, Heather Binning.

Satu statistik mengejutkan didedahkan minggu ini menunjukkan lebih 6,500 serangan seksual berlaku di hospital Britain dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Memetik laporan LBC, angka itu bersamaan dengan 33 serangan setiap minggu.

Daripada keseluruhan angka tersebut, hanya 4.1 peratus sahaja pesalah didakwa, demikian laporan diterbitkan Rangkaian Hak Wanita yang menyenaraikan pelbagai kesalahan, termasuk rogol berkumpulan dan serangan ke atas kanak-kanak.

Laporan yang timbul berikutan permintaan kebebasan maklumat yang dikemukakan kepada pasukan polis di England dan Wales itu menunjukkan sekurang-kurangnya 2,088 rogol dan 4,451 serangan seksual dilaporkan antara Januari 2019 dan Oktober 2022.

Ia termasuk kesalahan berlaku di hospital swasta serta hospital awam di negara tersebut.

Pengasas Rangkaian Hak Wanita, Heather Binning menyifatkan jenayah dilaporkan itu  hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan permasalahan yang lebih besar. 

Laporan yang ditulis Profesor Kriminologi Universiti Reading, Jo Phoenix itu menyebut yang hospital “gagal dalam tugas mereka untuk melindungi kedua-dua pesakit dan kakitangan”.

Dalam satu temu bual, Profesor Jo menjelaskan angka dilaporkan adalah terdiri daripada insiden yang berlaku di premis hospital dan di wad hospital.

“Kita sedia maklum betapa buruknya prestasi polis secara amnya dalam hal ini – ia adalah jenayah yang mempunyai kadar pergeseran tertinggi.

“Apa yang perlu kita ingat ialah hospital bukan seperti tempat lain. Kita mempunyai beberapa contoh skandal negara pada masa lalu di mana terdapat serangan seksual di hospital yang, jika anda suka, tidak disedari dan tidak dapat dikesan,” kata Profesor Jo.

Dalam pada itu, Heather berpendapat yang ketinggian angka dalam laporan tersebut sebenarnya menggambarkan betapa gagalnya pihak polis dan hospital dalam melindungi pesakit.

“Polis tidak melakukan secukupnya dalam merekodkan jenayah dengan betul dan mengambil tindakan. Ini adalah tempat dengan CCTV dan akses terhad. Mengapakah kadar pendakwaan begitu rendah?” kata Heather.

“Statistik ini sangat mengejutkan. Kami memulakan penyiasatan ini kerana bimbang mengenai keselamatan wanita dan kanak-kanak di wad NHS, tetapi kami ngeri dengan penemuan kami.

“Jumlah serangan seksual dan rogol adalah lebih mengerikan apabila anda mengambil kira data ini merangkumi tempoh pandemik, ketika kebanyakan negara dikurung dan hospital sepatutnya lebih berhati-hati,” katanya.

Sumber: LBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *