Connect with us

Terkini

Lanjutan had umur bersara kepada 65 tahun tidak sesuai

Lanjutan had usia bersara dari 60 kepada 65 tahun disifatkan tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan isu yang lebih mendesak adalah penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan belia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lanjutan had umur bersara kepada 65 tahun tidak sesuai
Foto: Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.
  • Lanjutan had usia bersara dari 60 kepada 65 tahun disifatkan tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan isu mendesak adalah penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan belia.
  • Presiden Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya kekal dengan pandangan had usia bersara tidak perlu dilanjutkan kerana negara tidak mengalami kekurangan bakat atau sumber.
  • “Hari ini masih terdapat pengangguran dalam kalangan belia. Kita perlu memastikan belia kita bekerja. Yang penting keutamaan diberikan kepada mereka,” katanya.
  • MEF tidak melihat lanjutan had usia bersara itu sebagai isu sebaliknya terpulang kepada majikan untuk menentukannya.

Putrajaya: Lanjutan had usia bersara dari 60 kepada 65 tahun disifatkan tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan isu yang lebih mendesak adalah penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan belia.

Presiden Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya kekal dengan pandangan had usia bersara tidak perlu dilanjutkan kerana negara tidak mengalami kekurangan bakat atau sumber.

“MEF berpandangan ketika ini bukan masa untuk lanjutkan usia bersara, 60 tahun sudah memadai dalam kebanyakan pekerjaan walaupun ada yang benarkan (bekerja) hingga 65 tahun.

“Hari ini masih terdapat pengangguran dalam kalangan belia. Kita perlu memastikan belia kita bekerja. Yang penting keutamaan diberikan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, MEF tidak melihat lanjutan had usia bersara itu sebagai isu sebaliknya terpulang kepada majikan untuk menentukannya.

“Ia boleh dilaksana dengan persetujuan kedua-dua pihak (pekerja dan majikan) selain keperluan laporan perubatan kesihatan.

“Jadi keperluan itu (pekerja lebih usia 60 tahun) biar ditentukan sendiri oleh pihak industri,” katanya.

Semalam, Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia Callistus Antony D’Angelus berkata, pekerja wajar dibenarkan bekerja sehingga usia 60 atau 65 tahun mengikut kerelaan masing-masing.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan menentukan sendiri persaraan pada usia 65 tahun akan membolehkan pekerja memperoleh gaji berpatutan, mempunyai keupayaan berbelanja lebih dan mewujudkan rangsangan untuk pertumbuhan ekonomi.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *