Connect with us

Antarabangsa

Kes 1MDB: Mahkamah AS dapati Prakazrel “Pras” Michel bersalah

Mahkamah Persekutuan Washington mendapati Prakazrel “Pras” Michel, bekas penyanyi rap dengan kumpulan The Fugees bersalah bersubahat melancarkan kempen melobi saluran belakang untuk menamatkan siasatan Amerika Syarikat terhadap ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes 1MDB: Mahkamah AS dapati Prakazrel "Pras" Michel bersalah
Foto: Bekas penyanyi rap dengan kumpulan The Fugees, Prakazrel "Pras" Michel.
  • Mahkamah Persekutuan Washington mendapati Prakazrel “Pras” Michel, bekas penyanyi rap dengan kumpulan The Fugees bersalah bersubahat melancarkan kempen melobi saluran belakang untuk menamatkan siasatan Amerika Syarikat terhadap ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
  • Juri persekutuan pada Rabu (26 April) mensabitkan Michel, 50, atas pertuduhan jenayah lain, termasuk bersubahat untuk menyalurkan wang Low secara haram untuk kempen pilihan raya Presiden Barack Obama pada 2012.
  • Menurut laporan Bloomberg, Michel memberi keterangan membela diri semasa perbicaraan selama sebulan di mahkamah persekutuan Washington, dengan menafikan salah laku.

Mahkamah Persekutuan Washington mendapati Prakazrel “Pras” Michel, bekas penyanyi rap dengan kumpulan The Fugees bersalah bersubahat melancarkan kempen melobi saluran belakang untuk menamatkan siasatan Amerika Syarikat terhadap ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Juri persekutuan pada Rabu (26 April) mensabitkan Michel, 50, atas petuduhan jenayah lain, termasuk bersubahat untuk menyalurkan wang Low secara haram untuk kempen pilihan raya Presiden Barack Obama pada 2012.

Menurut laporan Bloomberg, Michel memberi keterangan membela diri semasa perbicaraan selama sebulan di mahkamah persekutuan Washington, dengan menafikan salah laku.

Michel dikatakan tidak menunjukkan sebarang emosi apabila dia diisytiharkan “bersalah” atas semua 10 pertuduhan, dan berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun.

Menurut pendakwa raya Low membayar lebih AS$100 juta (RM446 juta) kepada Michel dalam dua plot. Konspiratornya melobi pentadbiran Presiden Donald Trump pada 2017 untuk menamatkan siasatan AS berhubung dakwaan penyelewengan berbilion dolar oleh Low daripada dana 1MDB.

Sumber: Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *