Antarabangsa
Keganasan, penjajahan usaha lemahkan masyarakat Muslim dunia
Keganasan dan penjajahan adalah antara usaha musuh untuk melemahkan masyarakat Islam seluruh dunia, selain menyemai perpecahan dan menghina kesucian agama Islam.
- Demikian kenyataan yang dibuat Presiden Iran, dalam jamuan iftar dihadiri duta negara Islam dan kuasa usaha di Tehran minggu lalu.
- Ebrahim berkata perpaduan dan integriti diperlukan dan harus digunakan sebagai strategi oleh masyarakat Islam dunia. Beliau turut mengingatkan bahawa musuh umat Islam sedang menyasarkan perpecahan dan pemisahan antara negara-negara Islam, etnik dan juga kepercayaan.
- Tegasnya, kecaman dan luahan kebencian mudah disuarakan namun ia tidak mencukupi. Negara-negara Islam hari ini mengharapkan pelaksanaan ‘langkah-langkah praktikal’ dalam menghadapi kekejaman rejim haram Israel dan sokongan kepada negara Palestin yang ditindas.
TEHRAN – Keganasan dan penjajahan adalah antara usaha musuh untuk melemahkan masyarakat Islam seluruh dunia, selain menyemai perpecahan dan menghina kesucian agama Islam.
Demikian kenyataan yang dibuat Presiden Iran, dalam jamuan iftar dihadiri duta negara Islam dan kuasa usaha di Tehran minggu lalu.
Ebrahim berkata perpaduan dan integriti diperlukan dan harus digunakan sebagai strategi oleh masyarakat Islam dunia. Beliau turut mengingatkan bahawa musuh umat Islam sedang menyasarkan perpecahan dan pemisahan antara negara-negara Islam, etnik dan juga kepercayaan.
Menurut laporan, kenyataan itu merujuk kepada serangan tentera pendudukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Masjidil Aqsa baru-baru ini yang berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.
Tegasnya, kecaman dan luahan kebencian mudah disuarakan namun ia tidak mencukupi. Negara-negara Islam hari ini mengharapkan pelaksanaan ‘langkah-langkah praktikal’ dalam menghadapi kekejaman rejim haram Israel dan sokongan kepada negara Palestin yang ditindas.
Dalam pada itu, Ebrahim menganggap penyelesaian muktamad Republik Islam untuk isu Palestin adalah inisiatif yang dicadangkan oleh pemimpin Revolusi Islam Ayatollah, Seyyed Ali Khamenei.
Sekitar tahun 2020, pemimpin itu telah mencadangkan supaya rakyat Palestin dibenarkan di peringkat antarabangsa untuk mengadakan referendum menentukan nasib tanah mereka yang diduduki.
Cadangan tersebut datang daripada undian yang akan dihadiri semua penduduk asal Palestin dan sejarah kawasan itu, baik mereka yang masih menetap atau ‘dipindahkan’.
Sumber: Samudera