Antarabangsa
Duta Besar EU diserang dalam pergolakan di Sudan
Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) di Sudan telah diserang di kediamannya di Khartoum, kata diplomat tertinggi blok berkenaan, Josep Borrell.
- Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) di Sudan telah diserang di kediamannya di Khartoum, kata diplomat tertinggi blok berkenaan, Josep Borrell.
- Menurut laporan portal berita antarabangsa BBC, Borrell bagaimanapun, tidak memberi penjelasan lanjut berhubung serangan tersebut atau sama ada duta tersebut mengalami kecederaan.
- “Keselamatan premis serta kakitangan diplomatik merupakan tanggungjawab utama pihak berkuasa Sudan dan tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya.
- Pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di Sudan sejak Sabtu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 200 nyawa.
KHARTOUM, SUDAN: Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) di Sudan telah diserang di kediamannya di Khartoum, kata diplomat tertinggi blok berkenaan, Josep Borrell.
Menurut laporan portal berita antarabangsa BBC, Borrell bagaimanapun, tidak memberi penjelasan lanjut berhubung serangan tersebut atau sama ada duta tersebut mengalami kecederaan.
“Keselamatan premis serta kakitangan diplomatik merupakan tanggungjawab utama pihak berkuasa Sudan dan tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa,” kata Borrell lagi.
Meskipun Borrell tidak menyebut nama, namun, Duta Besar EU untuk Sudan ialah Aidan O’Hara iaitu seorang diplomat dari Ireland.
BBC juga memaklumkan telah menghubungi pejabat O’Hara bagi mendapatkan pengesahan.
Pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di Sudan sejak Sabtu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 200 nyawa.
Konflik yang tercetus itu juga menyebabkan lebih 1,800 orang cedera.
Kedua belah pihak mendakwa menguasai beberapa kawasan di Khartoum yang menjadi tempat perlindungan orang awam daripada ledakan bom.
Sumber: Astro Awani