Antarabangsa
Dakota Utara larang pembabitan pelajar transgender dalam sukan wanita di sekolah, kolej
Gabenor Dakota Utara, Doug Burgum (R) menandatangani dua rang undang-undang (RUU) yang melarang pelajar dan ‘wanita’ transgender daripada bertanding dalam sukan wanita di sekolah dan kolej K-12 di negeri itu.
- RUU 1249 mengekalkan olahraga untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki di bawah perlindungan Tajuk IX tradisional.
- “RUU Dewan Undangan Negeri 1489 menggunakan perlindungan yang sama kepada olahraga wanita di peringkat kolej”. – Gabenor Dakota Utara, Doug Burgum
- Kira-kira 27,000 pelajar menyertai acara sukan sekolah menengah Dakota Utara sejak dua tahun lalu.
- “Masih belum ada satu pun insiden direkodkan seorang gadis transgender bermain atau meminta untuk bermain dalam pasukan perempuan North Dakota,” katanya.
- Larangan ke atas pelajar dan ‘wanita’ transgender untuk bertanding dalam sukan wanita di negeri itu dibuat ketika isu itu terus menjadi tajuk utama negara.
AMERIKA SYARIKAT – Gabenor Dakota Utara, Doug Burgum (R) menandatangani dua rang undang-undang (RUU) yang melarang pelajar dan ‘wanita’ transgender daripada bertanding dalam sukan wanita di sekolah dan kolej K-12 di negeri itu.
Ia sekali gus meletakkan Dakota Utara dalam senarai negeri di bawah tampuk pemerintahan Republikan yang mengambil tindakan serupa.
“RUU 1249 mengekalkan olahraga untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki di bawah perlindungan Tajuk IX tradisional.
“RUU Dewan Undangan Negeri 1489 menggunakan perlindungan yang sama kepada olahraga wanita di peringkat kolej,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik The Hill.
Menurutnya, kira-kira 27,000 pelajar menyertai acara sukan sekolah menengah Dakota Utara sejak dua tahun lalu.
“Masih belum ada satu pun insiden direkodkan seorang gadis transgender bermain atau meminta untuk bermain dalam pasukan perempuan North Dakota,” kata Burgum.
Larangan ke atas pelajar transgender untuk bertanding dalam sukan wanita di negeri itu dibuat ketika isu itu terus menjadi tajuk utama negara.
Minggu lalu, Mahkamah Agung AS enggan campur tangan bagi pihak West Virginia untuk menguatkuasakan larangan atlet transgender yang disekat mahkamah rayuan.
Mahkamah rayuan membenarkan seorang transgender bertanding dalam pasukan wanita sekolah menengah sehingga keputusan muktamad kehakiman.
Sumber: The Hill