Antarabangsa
Cederakan pemain lawan, pemain Trans di liga bola sepak wanita dikecam
Liga bola sepak amatur Australia menerima kritikan ibu bapa dan pemain yang menyuarakan kekecewaan apabila seorang lelaki yang mengaku sebagai wanita mendominasi liga bola sepak wanita dan mencederakan pemain wanita.

- Liga bola sepak amatur Australia menerima kritikan ibu bapa dan pemain yang menyuarakan kekecewaan apabila seorang lelaki yang mengaku sebagai wanita mendominasi liga bola sepak wanita dan mencederakan pemain wanita.
- Bola sepak Liga Satu New South Wales dilaporkan mempunyai lima pemain lelaki trans yang dikenal pasti, namun seorang daripada mereka berjaya menduduki posisi penjaring terbanyak dengan skor tujuh jaringan gol.
- Reduxx mengesahkan pemain itu ialah aktivis trans YouTuber, Riley J. Dennis.
- Dennis, 30, bermain untuk Inter Lions FC, didakwa mencederakan wanita dari pihak lawan dalam perlawanan hujung minggu lalu, bagaimanapun laporan seorang pemain wanita terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaannya belum dapat disahkan.
Liga bola sepak amatur Australia menerima kritikan ibu bapa dan pemain yang menyuarakan kekecewaan apabila seorang lelaki yang mengaku sebagai wanita mendominasi liga bola sepak wanita dan mencederakan pemain wanita.
Bola sepak Liga Satu New South Wales dilaporkan mempunyai lima pemain lelaki trans yang dikenal pasti, namun seorang daripada mereka berjaya menduduki posisi penjaring terbanyak dengan skor tujuh jaringan gol.
Reduxx mengesahkan pemain itu ialah aktivis trans YouTuber, Riley J. Dennis.
Dennis, 30, yang bermain untuk Inter Lions FC, didakwa mencederakan wanita dari pihak lawan dalam perlawanan hujung minggu lalu, bagaimanapun laporan seorang pemain wanita terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaannya belum dapat disahkan.
Bola sepak NSW juga didakwa memadamkan nama Dennis daripada tapak web mereka, menggantikan namanya dengan “Pemain Inter” disebabkan tindak balas diterima, namun tangkapan skrin sebelum ini menunjukkan sebaliknya.
Di Facebook, beberapa peminat bola sepak menyatakan sokongan kepada atlet wanita yang bersaing dengan Dennis, mengutuk Inter Lions FC kerana membenarkan Dennis bermain dalam kalangan pemain wanita.
“Lelaki dewasa biologi dan bukan hanya seorang, malah beberapa, bermain dalam pertandingan liga negeri wanita NSW, yang mengandungi remaja perempuan dan wanita muda. Memalukan kelab-kelab itu, membuang moral yang mungkin mereka miliki, hanya untuk menandatangani perkara-perkara ini, supaya boleh menang, di mana maruah? Anda mendahulukan kemenangan daripada penghormatan dalam pertandingan,” tulis NSW NPL Banter Page dalam satu catatan.
Jurucakap dari Binary Australia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk memerangi ideologi jantina, iaitu Kirralie Smith turut mengutuk liga bola sepak itu dalam satu kenyataan kepada Daily Mail.
“Bola sepak NSW telah gagal menjawab soalan mudah, ‘Apakah itu wanita?’ dan ‘Mengapa ada bahagian wanita jika lelaki boleh bermain di dalamnya.’ Mereka telah gagal dalam menjaga keadilan dan keselamatan untuk gadis dan wanita.”
Binary Australia menganjurkan kempen menulis aduan kepada Football NSW, yang dilaporkan menerima lebih 12,000 aduan.
Sumber: Reduxx
