Connect with us

Terkini

AUKU: Tak perlu mansuh, cukup sekadar pinda

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak perlu dimansuhkan, namun cukup sekadar matlamat penubuhan undang-undang itu dipinda dan diperkasakan dengan hala tuju yang jelas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AUKU: Tak perlu mansuh, cukup sekadar pinda
Foto: Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan.
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak perlu dimansuhkan, namun cukup sekadar matlamat penubuhan undang-undang itu dipinda dan diperkasakan dengan hala tuju yang jelas.
  • Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan percaya, gesaan memansuhkan AUKU disebabkan pada peringkat awal akta diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menyekat pergerakan mahasiswa yang dieksploitasi Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui gerakan reformasi.
  • “Sepatutnya AUKU boleh berperanan dan ditambah baik untuk mewujudkan satu sistem sokongan kepada universiti bagi mengekalkan matlamat institusi pendidikan tinggi dalam menghasilkan graduan yang berperanan besar dalam mencorak dan kejayaan masa depan negara,
  • Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang berhubung cadangan pindaan dua peruntukan di bawah AUKU 1971 pada persidangan Parlimen hujung tahun ini.

BANGI, 20 Ramadan 1444H, Selasa – Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak perlu dimansuhkan, namun cukup sekadar matlamat penubuhan undang-undang itu dipinda dan diperkasakan dengan hala tuju yang jelas.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan percaya, gesaan memansuhkan AUKU disebabkan pada peringkat awal akta diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menyekat pergerakan mahasiswa yang dieksploitasi Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui gerakan reformasi.

Bagaimanapun, beliau berpendapat kerajaan boleh mempertimbangkan untuk melonggarkan sedikit akta itu bagi meraikan semangat aktivisme yang positif, tanpa perlu kepada pemansuhan.

“Kini kebebasan mahasiswa beraktivisme terlampau agresif sehingga mewujudkan gerakan yang songsang dan tidak bermoral, tidak kurang juga adanya gerakan ajaran sesat sehingga menjadi tajaan pihak tertentu yang memusnahkan kualiti dan jaminan masa depan mereka.

“Sepatutnya AUKU boleh berperanan dan ditambah baik untuk mewujudkan satu sistem sokongan kepada universiti bagi mengekalkan matlamat institusi pendidikan tinggi dalam menghasilkan graduan yang berperanan besar dalam mencorak dan kejayaan masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata, mahasiswa adalah golongan terpelajar yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

“Mereka adalah aset negara yang berharga dan perlu diberikan sepenuh perhatian untuk pemerkasaan kualiti dan hasil bagi memenuhi pasaran dan permintaan dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara akan datang.

“Merekalah harapan negara yang boleh memposisikan diri mengisi jawatan penting dalam masyarakat dan negara. Rosak mereka, rosaklah negara,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang berhubung cadangan pindaan dua peruntukan di bawah AUKU 1971 pada persidangan Parlimen hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pindaan akta tersebut akan lebih memfokuskan kepada Seksyen 15 dan 16 iaitu peruntukan yang berkaitan dngan pelajar.

Sumber: Ismaweb

Author