Connect with us

Terkini

Anggota polis terlibat dakwaan peras ugut pelancong China dipanggil untuk siasatan – Pemangku Ketua Polis KL

Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan video di media sosial yang mendakwa seorang anggota polis memeras ugut individu di Bulatan Dato Onn di ibu negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anggota polis terlibat dakwaan peras ugut pelancong China dipanggil untuk siasatan – Pemangku Ketua Polis KL
Foto: Kenyataan media Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Yahaya bin Othman.
  • Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti anggota polis dan individu yang terlibat dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan.
  • Kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.
  • “Siasatan awal yang dijalankan mendapati individu di dalam video tular tersebut mendakwa telah diperas ugut oleh anggota polis tersebut kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
  • Terdahulu, tular video seorang wanita warga China mendakwa ditahan anggota polis kerana tidak membawa pasport ketika menaiki sebuah teksi di Malaysia, namun dilepaskan selepas membayar RM200 kepada anggota polis itu.

KUALA LUMPUR — Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan video di media sosial yang mendakwa seorang anggota polis memeras ugut individu di Bulatan Dato Onn di ibu negara.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti anggota polis dan individu yang terlibat dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati individu di dalam video tular tersebut mendakwa telah diperas ugut oleh anggota polis tersebut kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di media sosial tanpa sumber sahih dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular video seorang wanita warga China mendakwa ditahan anggota polis kerana tidak membawa pasport ketika menaiki sebuah teksi di Malaysia, namun dilepaskan selepas membayar RM200 kepada anggota polis itu.

Individu itu juga berkata, menurut sahabat warganegara Malaysia yang bersamanya semasa kejadian, pihak polis kebiasaannya akan membawa individu ditahan ke mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan untuk mengeluarkan wang jika tiada wang tunai ketika itu.

Namun, tiada sebarang bukti mengesahkan segala dakwaannya itu.— The Merdeka Times

Sumber: Facebook Polis KL

Author

Terkini

LKAN: Majlis Profesor Negara nafi salah guna dana kerajaan

Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
  • MPN tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.
  • Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.
  • “Disepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.
  • “MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

KUALA LUMPUR — Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Melalui penjelasan ke atas LKAN itu, MPN berkata pihaknya tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.

Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.

Foto: Kenyataan media MPN yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

“Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana Kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

“Di sepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.

“MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Melalui LKAN 2/2024, audit dilaporkan menemui penyalahgunaan dana dalam MPN di mana ia sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri, didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516. 

Malah, ia mewujudkan konflik kepentingan apabila dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat terbabit, selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016). 

MPN juga didapati membuat pembayaran elaun besar kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi berjumlah RM207,000 tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.

Justeru, LKAN mengesyorkan JPM mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dan status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan sama ada penyaluran peruntukan geran wajar diteruskan atau sebaliknya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending