Connect with us

Antarabangsa

Wanita bersalah lakukan seks dengan budak tidak dipenjara

Wanita Amerika Syarikat yang mengaku melakukan hubungan seksual dengan remaja lelaki berusia 13 tahun, tidak akan dipenjarakan.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita bersalah lakukan seks dengan budak tidak dipenjara
Foto: Andrea Serrano.
  • Andrea Serrano, 31, dari Colorado didakwa Polis Fountain dengan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak tahun lalu.
  • Akibat hubungan berkenaan, wanita itu hamil dan lahirkan bayi selepas penahanannya tahun lalu.
  • “Dia mangsa dan terpaksa lalui ini semua sepanjang hayatnya.”  – Ibu mangsa.
  • “Saya rasa jika dia seorang lelaki dan dia seorang anak perempuan kecil, ia pasti berbeza,” kata ibu mangsa.
  • Memandangkan sumbang mahram ialah jenayah kelas empat di negeri Colorado, ia dijatuhkan kepada pertuduhan lebih ringan dalam kes ini.

Washington: Wanita Amerika Syarikat yang mengaku melakukan hubungan seksual dengan remaja lelaki berusia 13 tahun, tidak akan dipenjarakan.

Andrea Serrano, 31, dari Colorado didakwa Polis Fountain dengan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak tahun lalu.

Dia menghadapi pertuduhan serangan seksual selepas penahanannya pada 2022.

Bagaimanapun, peguamnya membuat pengakuan dengan pendakwa raya yang memaksanya mendaftar sebagai pesalah seks tetapi menghalangnya daripada dipenjara.

Serrano menerima perjanjian itu, seperti yang dilaporkan.

Akibat hubungan berkenaan, wanita itu hamil dan melahirkan bayi selepas penahanannya tahun lalu.

Bagaimanapun, Ibu mangsa, tidak berpuas hati dengan perjanjian itu.

Advertisement

“Saya rasa seperti anak saya ‘dirompak’ dari zaman kanak-kanaknya.

“Sekarang dia terpaksa menjadi bapa.

“Dia mangsa dan terpaksa lalui ini semua sepanjang hayatnya,” katanya kepada KKTV.

Ibu itu juga berkata, jika jantina pesalah diterbalikkan dalam kes itu, tertuduh akan menghadapi hukuman yang lebih berat.

“Saya rasa jika dia seorang lelaki dan dia seorang anak perempuan kecil, ia pasti berbeza,” katanya.

Memandangkan sumbang mahram ialah jenayah kelas empat di negeri Colorado, ia dijatuhkan kepada pertuduhan yang lebih ringan dalam kes ini.

Advertisement

Bagaimanapun, menurut laporan, Serrano boleh dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara seumur hidup berdasarkan ‘percubaan pengawasan intensif pesalah seks’ oleh hakim.

Perbicaraan akan disambung pada Mei.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending