Antarabangsa
Wanita akan kehilangan hak jika ideologi trans menang – Penceramah barat
Apa itu manusia? Dan apakah ertinya menjadi seorang manusia?
- Seorang felo di Pusat Etika dan Dasar Awam, yang juga antara penceramah dalam persidangan itu, Mary Rice Hasson, J.D., memberi amaran ideologi jantina adalah “peristiwa global” yang membentuk dunia melibatkan bahasa kepada bidang undang-undang dan penjagaan kesihatan.
- Melihat pergerakan itu sebagai “bahaya kepada wanita,” Hasson mengatakan kemerosotan agama memainkan faktor utama dalam penyebaran gerakan trans.
- Menurut Institut Williams UCLA, bilangan individu muda mengenal pasti sebagai trans meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ini, manakala satu daripada lima individu mengenal pasti sebagai trans adalah antara 13 hingga 17 tahun.
- “Apabila anda menjadikannya kategori undang-undang, apa yang anda lakukan ialah memperjudikan wanita khususnya, akan kehilangan semua hak berkaitan dengan undang-undang diskriminasi seks,” katanya.
DALLAS, Texas — Apa itu manusia? Dan apakah ertinya menjadi seorang manusia?
Itulah persoalan utama dibangkitkan pada persidangan The Christian Post, “Mendedahkan Ideologi Gender: Melindungi Kanak-Kanak, Menghadapi Transgenderisme” di mana beberapa profesional dari pelbagai bidang yang berpengalaman berkumpul berkongsi pandangan untuk memerangi ideologi jantina.
Seorang felo di Pusat Etika dan Dasar Awam, yang juga antara penceramah dalam persidangan itu, Mary Rice Hasson, J.D., memberi amaran ideologi berkenaan adalah “peristiwa global” yang membentuk dunia melibatkan bahasa kepada bidang undang-undang dan penjagaan kesihatan.
Melihat pergerakan itu sebagai “bahaya kepada wanita,” Hasson mengatakan kemerosotan agama memainkan faktor utama dalam penyebaran gerakan trans.
“Tiba-tiba, anda mempunyai budaya yang masih mencari makna tetapi tidak mempunyai jawapan dan lebih bersedia untuk mempercayai.
“Jadi sekarang kita menghadapi situasi di mana konsep asas seperti seks — kita tahu mengenainya, iaitu perbezaan antara lelaki dan perempuan, ia adalah istilah biologi — seks dalam undang-undang sedang ditakrifkan semula kepada bermaksud identiti jantina,” kata Hasson.
Menurut Institut Williams UCLA, bilangan individu muda yang mengenal pasti sebagai trans meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ini, manakala satu daripada lima individu mengenal pasti sebagai trans adalah antara 13 hingga 17 tahun.
“Identiti jantina adalah perasaan.
“Ia benar-benar subjektif – tidak boleh mengujinya, tidak boleh membuktikannya, ia perlu diisytiharkan.
“Apabila anda menjadikannya kategori undang-undang, apa yang anda lakukan ialah memperjudikan wanita khususnya, akan kehilangan semua hak berkaitan dengan undang-undang diskriminasi seks,” katanya dipetik dari The Christian Post.
Ancaman terhadap wanita itu mungkin paling teruk dan mengejutkan dalam sistem penjara Amerika.
Di negeri yang menerima golongan trans seperti California, lelaki biologi – termasuk pesalah seks bersiri – dibenarkan berpindah ke kemudahan wanita.
Sumber: The Christian Post