Antarabangsa
Tujuh maut dalam insiden tembakan di sebuah gereja di Hamburg, utara Jerman
Seorang penembak membunuh beberapa individu dalam insiden tembakan dengan motif serangan tidak jelas di sebuah gereja Jehovah Witness di utara Jerman pada Khamis.
- Seorang penembak membunuh beberapa individu dalam insiden tembakan dengan motif serangan tidak jelas di sebuah gereja Jehovah Witness di utara Jerman pada Khamis.
- Akhbar The Bild melaporkan tujuh maut dengan lapan cedera dalam insiden di bandar di utara Jerman itu yang turut menempatkan pelabuhan terbesar di negara itu.
- Polis mendapati seorang suspek mungkin antara yang maut dan beberapa mangsa cedera parah, tanpa memperincikan berapa ramai terbunuh, lapor Reuters.
- “Kami mendengar tembakan dan terdapat 12 das berterusan. Kemudian kami melihat bagaimana orang dibawa pergi dalam beg hitam,” kata seorang saksi.
HAMBURG – Seorang penembak membunuh beberapa individu dalam insiden tembakan dengan motif serangan tidak jelas di sebuah gereja Jehovah Witness di utara Jerman pada Khamis.
Akhbar The Bild melaporkan tujuh maut dengan lapan cedera dalam insiden di bandar di utara Jerman itu yang turut menempatkan pelabuhan terbesar di negara itu.
Agensi berita Reuters melaporkan jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan selepas pukul 9 malam dan pasukan segera tiba di tempat kejadian.
Tanpa mendedahkan angka individu maut, polis mendapati seorang suspek mungkin antara yang maut dan beberapa mangsa cedera parah.
“Kita mengandaikan ada seorang pelaku (suspek),” kata polis dipetik Reuters dalam ciapan Twitter berhubung insiden tembakan itu.
Agensi berita Jerman, DPA Jerman melaporkan penduduk tempatan menerima amaran melalui telefon bimbit mereka tentang “keadaan mengancam nyawa” dan jalan-jalan telah ditutup.
Rakaman televisyen pula menunjukkan berpuluh-puluh kereta polis dan jentera bomba menghalang jalan.
“Kami mendengar tembakan dan terdapat 12 das berterusan.
“Kemudian kami melihat bagaimana orang dibawa pergi dalam beg hitam,” kata seorang saksi tidak dinamakan kepada pemberita.
Sementara itu, Datuk Bandar Hamburg, Peter Tschentscher melalui ciapan Twitternya melahirkan rasa terkejut disebabkan insiden tembakan itu.
Pihak berkuasa sedang giat memburu dalang insiden tembakan itu dan beliau menzahirkan rasa simpati mendalam terhadap keluarga mangsa, katanya.
Sumber: Reuters