Connect with us

Antarabangsa

Transgender petugas pusat jagaan didakwa dera bayi secara seksual

Seorang lelaki transgender sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan penderaan seksual ke atas bayi ketika bertugas di pusat jagaan, lapor Reduxx.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Transgender petugas pusat jagaan didakwa dera bayi secara seksual
Foto: Maria Childers (kiri).
  • Pekerja pusat jagaan yang juga seorang transgender, Maria Childers, 25, didakwa mengucapkan kata-kata tidak wajar terhadap bayi semasa menukar lampin serta telah menyentuh bayi itu secara seksual.
  • Kejadian itu didakwa berlaku November tahun lalu di Explore Learning Academy bandar Paducah, Kentucky.
  • Dia kini ditahan di Penjara McCracken County dengan jantinanya dicatatkan sebagai lelaki dan dijangka dibicarakan di mahkamah pada 23 Mac ini.

Seorang lelaki transgender sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan penderaan seksual ke atas bayi ketika bertugas di pusat jagaan, lapor Reduxx.

Maria Childers, 25, merupakan pekerja di Explore Learning Academy bandar Paducah, Kentucky, pusat jagaan di mana penderaan itu didakwa berlaku November tahun lalu.

Polis mula bertindak pada Februari tahun ini selepas Jabatan Perkhidmatan Berasaskan Komuniti (DCBS) Kentucky menerima aduan tanpa nama daripada salah seorang pekerja di pusat jagaan itu.

Menurut laporan tempatan, Childers mengucapkan kata-kata tidak wajar terhadap bayi semasa menukar lampin serta menyentuh bayi itu secara seksual.

Seorang pegawai polis Paducah dan kakitangan DCBS datang ke pusat jagaan itu pada 8 Februari dan bercakap dengan seorang saksi yang mengesahkan butiran laporan tanpa nama itu.

Polis juga mengambil keterangan pengarah pusat jagaan itu yang sedia maklum mengenai tingkah laku Childers dengan bayi terbabit, namun hanya memberikannya amaran secara bertulis.

Susulan itu, Childers ditahan pada hari sama laporan itu disiasat.

Pada awalnya, dia menafikan tuduhan itu ketika disoal siasat, namun akhirnya mengaku selepas pegawai polis mengemukakan bukti hantaran mesejnya kepada pengarah pusat jagaan memaklumkan yang dia sudah menukar lampin bayi terbabit.

Childers bagaimanapun tetap menafikan yang dia berkata-kata tidak wajar atau menyentuh bayi itu secara seksual.

Childers didakwa dengan penderaan seksual tahap pertama terhadap mangsa di bawah umur 12 tahun dan kini ditempatkan di Penjara McCracken County dengan bon ditetapkan pada $100,000 (RM 448,500).

Jantinanya juga direkodkan sebagai lelaki di penjara. Dia dijangka dibicarakan di mahkamah pada 23 Mac ini.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *