Connect with us

Terkini

Sabah: Pelajar tahfiz akan didedahkan program pendidikan TVET

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bakal menjadikan Pusat Latihan Dakwah Albukhary Kota Marudu sebagai pusat pembelajaran Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khusus untuk pelajar lepasan tahfiz negeri ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sabah: Pelajar tahfiz akan didedahkan program pendidikan TVET
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bakal menjadikan Pusat Latihan Dakwah Albukhary Kota Marudu sebagai pusat pembelajaran Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khusus untuk pelajar lepasan tahfiz negeri ini.
  • Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad, berkata ia adalah salah satu pelan strategik pihaknya dalam usaha memberikan platform dan pendedahan kursus kemahiran vokasional kepada pelajar lepasan tahfiz.
  • Beliau berkata, rata-rata pelajar lepasan tahfiz di Malaysia termasuk Sabah, tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • “Jadi dengan adanya program pendidikan vokasional TVET ini, ia akan memberikan pendedahan kepada mereka (pelajar lepasan tahfiz) kursus teknikal.
  • “Ia juga memberi ruang pembelajaran SPM untuk memudahkan mereka mendapat pekerjaan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ihya Ramadhan dan Berbuka Puasa Bersama Asnaf anjuran Wanita USIA Pusat di sini semalam.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bakal menjadikan Pusat Latihan Dakwah Albukhary Kota Marudu sebagai pusat pembelajaran Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khusus untuk pelajar lepasan tahfiz negeri ini.

Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad, berkata ia adalah salah satu pelan strategik pihaknya dalam usaha memberikan platform dan pendedahan kursus kemahiran vokasional kepada pelajar lepasan tahfiz.

Beliau berkata, rata-rata pelajar lepasan tahfiz di Malaysia termasuk Sabah, tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jadi dengan adanya program pendidikan vokasional TVET ini, ia akan memberikan pendedahan kepada mereka (pelajar lepasan tahfiz) kursus teknikal.

“Ia juga memberi ruang pembelajaran SPM untuk memudahkan mereka mendapat pekerjaan pada masa akan datang,” katanya.

Susulan itu, Sapawi berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) cawangan Sabah untuk jalinan kerjasama pelaksanaan usaha berkenaan.

“Pusat latihan dakwah ini sudah siap 70 peratus tetapi pihak kami akan berusaha untuk mempercepatkan agar ia segera siap.

“Menerusi kolaborasi, pelaksanaan pembelajaran program pendidikan vokasional TVET akan dilaksanakan oleh IKDAR sendiri dan kita juga menjadi rakan kongsi strategik mereka.

“Ini supaya semua pelajar lepasan tahfiz di Sabah ini mempunyai pilihan untuk mendapat pendidikan kemahiran vokasional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ihya Ramadhan dan Berbuka Puasa Bersama Asnaf anjuran Wanita USIA Pusat di sini,semalam.

Sapawi berkata, pelaksanaan usaha terbabit dijangka akan bermula pada Julai tahun ini.

Katanya, usaha itu juga menyokong hasrat konsep Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam bidang pendidikan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *