Terkini
RUU sepatutnya dalam Bahasa Melayu – Ahli Parlimen Besut
Ahli Parlimen Besut daripada Perikatan Nasional (PN), Che Zulkifly Jusoh berkata rang undang-undang (RUU) yang diperkenalkan kerajaan sepatutnya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, bukan sebahagian dalam bahasa Inggeris.
- Ahli Parlimen Besut, Che Zulkifly Jusoh berkata rang undang-undang (RUU) diperkenalkan kerajaan sepatutnya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, bukan sebahagian dalam bahasa Inggeris.
- Katanya, bukan semua rakyat memahami bahasa Inggeris dan ini boleh menyebabkan kekeliruan serta tidak faham hak dari sudut undang-undang.
- “(Saya) bantah (RUU) dibuat dalam bahasa Inggeris kerana undang-undang digunakan untuk semua rakyat. Kalau rakyat baca dalam bahasa Inggeris dan tidak faham, mereka tidak tahu hak mereka di sudut undang-undang.” katanya.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Besut daripada Perikatan Nasional (PN), Che Zulkifly Jusoh berkata rang undang-undang (RUU) yang diperkenalkan kerajaan sepatutnya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, bukan sebahagian dalam bahasa Inggeris.
Katanya, bukan semua rakyat memahami bahasa Inggeris dan ini boleh menyebabkan kekeliruan serta tidak faham hak dari sudut undang-undang.
“(Saya) bantah (RUU) dibuat dalam bahasa Inggeris kerana undang-undang digunakan untuk semua rakyat. Kalau rakyat baca dalam bahasa Inggeris dan tidak faham, mereka tidak tahu hak mereka di sudut undang-undang.
“Bukan semua rakyat faham bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Terdahulu, Zulkifly diarah keluar dari Dewan Rakyat dan digantung tiga hari bermula hari ini.
Ia selepas Ahli Parlimen PAS itu ingkar arahan Timbalan Speaker Ramli Nor, yang tiga kali mengarahkannya duduk.
Sebelum itu, Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan mengapa kerajaan menyediakan dua RUU mempunyai tajuk bahasa Inggeris, yang mana Zulkifly turut mencelah.
Sementara itu, Zulkifly berkata ada hikmah beliau “dihalau” dari Dewan Rakyat.
Katanya, sekurang-kurangnya beliau boleh memberitahu pembuat undang-undang supaya RUU dibuat dalam bahasa Melayu.
“Tidak tahu apa agendanya. Kenapa tidak boleh ditarik balik dan dibentang semula…dibahaskan.
“Saya rasa tak ada masalah besar dalam (perkara) ini. Ini mungkin masalah teknikal asalnya tetapi itulah nak jelaskan tujuan saya bantah kejap tadi kerana (yang) dalam versi bahasa Melayu tak sepenuhnya dalam bahasa Melayu,” katanya.
Sumber: Free Malaysia Today