Connect with us

Antarabangsa

Persembahan pondan di sekolah AS, aksi tidak senonoh cetus kebimbangan

Aksi tidak senonoh seorang pondan terhadap pelajar dalam sebuah persembahan di sekolah di Amerika Syarikat cetuskan kebimbangan ramai, sekali gus mendorong pihak sekolah menyemak semula peraturan mengenai pertunjukan bawah umur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Persembahan pondan di sekolah AS, aksi tidak senonoh cetus kebimbangan
Foto: Seorang pondan menari di atas seorang pelajar perempuan sempena Pride Festival di Kolej Komuniti Teknikal Forsyth, Carolina Utara.
  • Satu klip video tular menunjukkan seorang pondan menari secara terkangkang di atas seorang pelajar perempuan yang sedang duduk di kerusi.
  • Persembahan itu berlangsung sempena Pride Festival di Kolej Komuniti Teknikal Forsyth, Carolina Utara, di mana pelajar seawal usia 14 tahun telah dijemput untuk hadir.
  • Acara itu dianjurkan Kelab Pride yang dikendalikan pelajar sendiri.
  • Pihak sekolah kini mempertimbang untuk menyemak semula dasar kampus mengenai acara membabitkan pelajar bawah umur.

Aksi tidak senonoh seorang pondan terhadap pelajar dalam sebuah persembahan di sekolah di Amerika Syarikat cetuskan kebimbangan ramai, sekali gus mendorong pihak sekolah menyemak semula peraturan mengenai pertunjukan bawah umur.

Satu klip video tular menunjukkan seorang pondan menari secara terkangkang di atas seorang pelajar perempuan yang sedang duduk di kerusi.

Persembahan itu berlangsung sempena Pride Festival di Kolej Komuniti Teknikal Forsyth, Carolina Utara, di mana pelajar seawal usia 14 tahun dijemput untuk hadir.

Selepas melakukan aksi ala-ala tarian bogel, pondan itu kemudian dilihat memeluk pelajar tersebut.

“Ibu bapa kanak-kanak di bawah 18 tahun tidak dimaklumkan tentang acara ini lebih awal,” kata ketua pegawai kejayaan pelajar, Paula Dibley.

Susulan insiden itu, pihak sekolah mempertimbangkan untuk menyemak semula dasar kampus mengenai acara membabitkan pelajar bawah umur.

“Kami telah berhubung rapat dengan kepimpinan awal sekolah kami dan bercakap dengan kedua-dua pemimpin dan ibu bapa tentang bagaimana kami boleh menyemak semula dasar dan prosedur kampus mengenai kehadiran pelajar peringkat awal dan pertengahan di acara kampus.

“Semua acara di kampus adalah secara sukarela,” kata Paula.

Menurut risalah acara itu, semua pelajar dijemput untuk hadir menyaksikan persembahan pondan anjuran Kelab Pride yang dikendalikan pelajar sendiri.

Selain itu, acara itu turut menyediakan makanan, minuman, muzik dan aktiviti percuma.

Sekolah tersebut terdiri dari pelajar seawal usia 14 tahun hingga mencecah 65 tahun.

Sumber: New York Post

Author