Connect with us

Antarabangsa

Parlimen Israel lanjut undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin

Knesset (Parlimen Israel) pada Isnin melanjutkan undang-undang yang menghalang penyatuan semula keluarga Palestin untuk tempoh setahun lagi.

Wartawan TMT

Published

on

Parlimen Israel lanjut undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Knesset (Parlimen Israel) pada Isnin melanjutkan undang-undang yang menghalang penyatuan semula keluarga Palestin untuk tempoh setahun lagi.
  • Perundangan itu khususnya menyasarkan rakyat Palestin tinggal di Baitulmaqdis Timur atau di Israel dan berkahwin dengan rakyat Palestin sama ada dari Tebing Barat atau Gaza melarang keluarga berkenaan dapatkan permit kediaman di Israel.
  • Di bawah undang-undang itu, menteri dalam negeri tidak dibenarkan memberikan kerakyatan atau tinggal di Israel untuk mana-mana rakyat dari Iraq, Iran, Syria dan Lubnan.

BAITULMAQDIS: Knesset (Parlimen Israel) pada Isnin melanjutkan undang-undang yang menghalang penyatuan semula keluarga Palestin untuk tempoh setahun lagi.

Lanjutan undang-undang itu diluluskan dengan 20 undi menyokong manakala sembilan membantah, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Knesset.

Pertama kali digubal pada 2003 pada kemuncak intifada Palestin, undang-undang itu diperbaharui setiap tahun.

Perundangan itu khususnya menyasarkan rakyat Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis Timur atau di Israel dan berkahwin dengan rakyat Palestin sama ada dari Tebing Barat atau Gaza yang melarang keluarga berkenaan mendapatkan permit kediaman di Israel.

Di bawah undang-undang itu, menteri dalam negeri tidak dibenarkan memberikan kerakyatan atau tinggal di Israel untuk mana-mana rakyat dari Iraq, Iran, Syria dan Lubnan.

Ahli Arab Knesset, Iman Khatib-Yasin, menyifatkan pelanjutan undang-undang itu sebagai “amat bertentangan dengan demokrasi.”

“Ia adalah tindakan perkauman demi untuk kepentingan sendiri.

“Setiap kali mereka perlu memperbaharui permit kediaman sementara, mereka bimbang mereka akan diberitahu untuk meninggalkan [Israel] dan dipisahkan daripada pasangan atau anak-anak mereka,” katanya.

Menurut badan bukan kerajaan Palestin dan Israel, terdapat beribu-ribu keluarga Palestin yang terjejas akibat undang-undang itu.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending