Connect with us

Antarabangsa

Menteri rejim Israel arah roboh rumah warga Palestin ketika Ramadan

Menteri Keselamatan negara haram Israel, Itamar Ben-Gvir mengarahkan polis meneruskan perobohan rumah Palestin yang kononnya dibina secara haram di Baitulmaqdis Timur ketika bulan suci umat Islam, Ramadan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Menteri rejim Israel arah roboh rumah warga Palestin ketika Ramadan
Foto: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Menteri Keselamatan negara haram Israel, Itamar Ben-Gvir mengarahkan polis meneruskan perobohan rumah Palestin yang kononnya dibina secara haram di Baitulmaqdis Timur ketika bulan suci umat Islam, Ramadan.
  • Sebelum ini, Israel tidak melaksanakan tindakan perobohan ketika bulan Ramadan untuk mengelakkan ketegangan dengan rakyat Palestin.
  • Namun, media Israel melaporkan tahun ini polis akan mengikuti arahan Ben Gvir dan merobohkan rumah Palestin di Baitulmaqdis Timur meskipun beberapa tahun kebelakangan ini ketegangan telah meningkat berhubung pencabulan Israel di Masjid Al-Aqsa.

RAMALLAH – Menteri Keselamatan negara haram Israel, Itamar Ben-Gvir mengarahkan polis meneruskan perobohan rumah Palestin yang kononnya dibina secara haram di Baitulmaqdis Timur ketika bulan suci umat Islam, Ramadan.

Sebelum ini, Israel tidak melaksanakan tindakan perobohan ketika bulan Ramadan untuk mengelakkan ketegangan dengan rakyat Palestin.

Bagaimanapun, media Israel melaporkan bahawa tahun ini polis akan mengikuti arahan Ben Gvir dan merobohkan rumah Palestin di Baitulmaqdis Timur meskipun dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketegangan telah meningkat berhubung pencabulan Israel di Masjid Al-Aqsa.

Walaupun rakyat Palestin melihat dasar perobohan itu adalah untuk menghalau mereka keluar dari Baitulmaqdis Timur dan mengukuhkan penjajahan rejim di bandar itu, tetapi pihak berkuasa Israel menganggap rumah terbabit dibina secara haram serta tanpa permit.

The Times of Israel melaporkan bahawa polis Israel telah memberi amaran kepada Ben Gvir bahawa Ramadan semakin hampir, dan hari perayaan Paskah Yahudi juga akan  berlaku yang boleh menyebabkan keadaan menjadi tidak menentu.

Ramadan dijangka bermula pada 23 Mac, manakala Paskah ditetapkan pada 5 April.

Israel menjajah Baitulmaqdis Timur ketika Perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada tahun 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Undang-undang antarabangsa menganggap kedua-dua Tebing Barat dan Baitulmaqdis sebagai wilayah pendudukan dan semua aktiviti pembinaan penempatan Yahudi adalah tidak sah. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *