Connect with us

Terkini

Mentega Terbang: Biar FINAS, SKMM siasat dulu sebelum tindakan diambil- Fahmi

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyerahkan isu filem kontroversi, Mentega Terbang kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk penelitian dan siasatan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mentega Terbang: Biar FINAS, SKMM siasat dulu sebelum tindakan diambil- Fahmi
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.
  • FINAS kini sedang meneliti dan menyiasat aspek perlanggaran peraturan dilakukan produksi berkenaan. – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil 
  • “Ini (siasatan) membabitkan sama ada terdapat lesen untuk penggambaran, pengeluaran, dan saya serahkan pada FINAS untuk buat siasatan.
  • “Sekiranya ada tindakan perlu diambil, maka saya percaya pihak berkuasa akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengagihan Perantisiswa dan Perasmian MYDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi MARA.
  • Fahmi turut mengingatkan kepada semua penerbit dan produksi filem supaya ikut garis panduan pembuatan filem ditetapkan FINAS dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyerahkan isu filem kontroversi, Mentega Terbang kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk penelitian dan siasatan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata FINAS kini sedang meneliti dan menyiasat aspek perlanggaran peraturan yang dilakukan produksi berkenaan.

“Ini (siasatan) membabitkan sama ada terdapat lesen untuk penggambaran, pengeluaran, dan saya serahkan pada FINAS untuk membuat siasatan.

“Sekiranya ada tindakan yang perlu diambil, maka saya percaya pihak berkuasa akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengagihan Perantisiswa dan Perasmian MYDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi MARA di sini semalam (5 Mac).

Sebelum ini, tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak itu tular di media sosial dan mengundang marah warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.
Filem berkenaan mula ditayangkan di aplikasi penstriman dalam talian pada 19 Januari dan ditarik semula pada 27 Februari lalu.

Dalam pada itu, Fahmi turut mempersoal tampuk pemerintahan terdahulu mengenai pelepasan filem berkenaan yang menurutnya mula berlegar di media sosial pada 2021.

“Filem ini mula berlegar, mula ditayangkan pada 2021. Siapa yang mentadbir ketika itu? Kenapa tiada apa-apa tindakan pada waktu itu?” soalnya.
Sementara itu, Fahmi turut mengingatkan kepada semua penerbit dan produksi filem supaya mengikut garis panduan pembuatan filem yang telah ditetapkan FINAS dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menghantar laporan kepada SKMM berikutan filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan.

Sumber: Berita Harian

Author