Connect with us

Antarabangsa

LGBT: Sekolah digalak ‘sembunyi’ identiti jantina pelajar daripada ibu bapa

Jabatan Pendidikan Oregon pada Khamis mengeluarkan panduan tentang cara sekolah mengendalikan ideologi jantina berikutan “liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan pengesahan jantina”, lapor Fox News.

Wartawan TMT

Published

on

LGBT: Sekolah digalak 'sembunyi' identiti jantina pelajar daripada ibu bapa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Pendidikan Oregon pada Khamis mengeluarkan panduan tentang cara sekolah mengendalikan ideologi jantina berikutan “liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan pengesahan jantina”.
  • Panduan 48 muka surat bertajuk “Supporting Gender Expansive Students, Guidance for Schools” itu juga menggalakkan sekolah untuk tidak memaklumkan kepada ibu bapa tentang identiti jantina anak mereka.
  • Panduan itu bermula dengan sepucuk surat Pengarah Jabatan Pendidikan Oregon yang menulis, “sejak 18 bulan lalu, berlaku peningkatan liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan dan penjagaan kesihatan pengesahan jantina di seluruh negara”.

Jabatan Pendidikan Oregon pada Khamis mengeluarkan panduan tentang cara sekolah mengendalikan ideologi jantina berikutan “liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan pengesahan jantina”, lapor Fox News.

Panduan 48 muka surat bertajuk “Supporting Gender Expansive Students, Guidance for Schools” itu juga menggalakkan sekolah untuk tidak memaklumkan kepada ibu bapa tentang identiti jantina anak mereka.

“Pelajar yang tidak memberitahu identiti jantina mereka secara terbuka mungkin mempunyai kebimbangan tentang pelajar, kakitangan sekolah, ahli komuniti atau keluarga mereka mengetahui sebelum mereka bersedia untuk berkongsi tentang identiti jantina mereka.

“Sokongan ibu bapa dan keluarga menjadi matlamat semasa menyokong pelajar yang menukar jantina, tetapi mungkin tidak dapat dilakukan dalam semua situasi,” kata dokumen panduan itu.

Panduan itu bermula dengan sepucuk surat daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Oregon, Colt Gill yang menulis, “sejak 18 bulan lalu, berlaku peningkatan liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan dan penjagaan kesihatan pengesahan jantina di seluruh negara”.

Menurut beliau, pihaknya mendengar banyak kembimbangan daripada keluarga dan masyarakat “berkenaan penindasan dan keganasan dihadapi belia, keluarga dan kakitangan sekolah yang menukar jantina.”

Panduan itu menggalakkan sekolah-sekolah untuk mengesahkan identiti jantina pelajar.

Advertisement

“Dasar dan amalan pengesahan jantina ialah peluang bagi komuniti sekolah untuk pulih dan berkembang maju; apabila pelajar yang menukar jantina berjaya, semua pelajar dan kakitangan mendapat manfaat daripada rakan sebaya, rakan sekelas dan rakan sepasukan,” kata dokumen panduan itu.

Sumber: Fox News

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending