Antarabangsa
Lembaga sekolah di Toronto jadi pihak pertama perkenal program anti-Islamofobia di Kanada
Lembaga Sekolah Peel District di Toronto menjadi sekolah pertama di Kanada memperkenalkan program anti-Islamofobia selepas mendapati satu pertiga daripada 153,000 pelajarnya, dari tadika hingga Tahun 12, di 244 sekolah adalah pelajar Muslim.
- Lembaga Sekolah Peel District di Toronto menjadi sekolah pertama di Kanada memperkenalkan program anti-Islamofobia.
- Pelancaran strategi itu menunjukkan komitmen lembaga sekolah itu untuk memastikan pelajar Muslim mempunyai persekitaran pembelajaran inklusif dan selamat.
- Inisiatif lembaga The Peel tersebut menerima gred A+ daripada Majlis Kebangsaan Umat Islam Kanada (NCCM).
TRENTON – Lembaga Sekolah Peel District di Toronto menjadi sekolah pertama di Kanada memperkenalkan program anti-Islamofobia selepas mendapati satu pertiga daripada 153,000 pelajarnya, dari tadika hingga Tahun 12, di 244 sekolah adalah pelajar Muslim.
Menurut lembaga itu yang ditemubual agensi berita Anadolu, pelancaran strategi itu menunjukkan komitmen lembaga sekolah terbabit untuk memastikan pelajar Muslim diperakui dan mempunyai persekitaran pembelajaran yang inklusif dan selamat.
Inisiatif lembaga itu menerima gred A+ daripada Majlis Kebangsaan Umat Islam Kanada (NCCM).
“Lembaga Sekolah Peel District menjadi yang pertama di Kanada, malah mungkin pertama di Amerika Utara, yang memperkenalkan strategi anti-Islamofobia,” kata Pengurus Program Pendidikan NCCM, Aasiyah Khan dalam satu temu bual e-mel.
Bekas ahli pemegang amanah lembaga (2014-2022), Nokha Dakroub berkata, sudah tiba masa untuk melakukan tindakan tegas, dan semasa mesyuarat perlembagaan bulan itu, beliau mengemukakan usul mewujudkan strategi anti-Islamofobia.
Idea itu telah diterima pakai secara rasmi pada mesyuarat lembaga terbabit pada September tahun sama.
“Mahupun telah diselesaikan, Lembaga Sekolah Daerah Peel komited terhadap strategi anti-Islamofobia. Kakitangan melaporkan usaha untuk membangunkan strategi anti-Islamofobia, secara khususnya memberikan maklumat tentang perkara yang boleh diambil tindakan, termasuk rancangan memberi maklumat kepada masyarakat yang lebih luas.
“Mahupun penyelesaian selanjutnya, Lembaga Sekolah Daerah Peel mewajibkan latihan anti-Islamofobia untuk semua kakitangan,” demikian rekod rasmi usul yang diluluskan lembaga sekolah itu.
Versi akhir program anti-Islamofobia itu diterima pakai pada Januari 2023.
Sumber: Anadolu Agency