Terkini
Kerjasama kerajaan-industri bantu graduan TVET dapat gaji setimpal
Kerajaan telah menjalin kerjasama strategik dengan pihak industri sebagai usaha memastikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan serta kemahiran mereka.
- Kerajaan telah menjalin kerjasama strategik dengan pihak industri sebagai usaha memastikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan serta kemahiran mereka.
- Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata melalui kerjasama itu, pihak industri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan peralatan.
- “Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyasarkan 50 Memorandum Kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan dan pihak industri pada 2023. Sebagai permulaan, KSM sedang berusaha untuk memuktamadkan 10 Memorandum Kerjasama tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat pada khamis.
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menjalin kerjasama strategik dengan pihak industri sebagai usaha memastikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan serta kemahiran mereka.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata melalui kerjasama itu, pihak industri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan peralatan.
“Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyasarkan 50 Memorandum Kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan dan pihak industri pada 2023. Sebagai permulaan, KSM sedang berusaha untuk memuktamadkan 10 Memorandum Kerjasama tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Sivakumar berkata KSM telah menerbitkan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) sebagai langkah berterusan menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET di Malaysia.
Beliau berkata buku panduan tersebut dapat menjadi rujukan dan asas kepada majikan dalam melaksanakan gaji permulaan yang disyorkan kepada graduan TVET berdasarkan tahap kemahiran sekali gus mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja di negara ini.
“Kerajaan turut mengharapkan kerjasama dan komitmen berterusan pihak majikan untuk mengambil graduan TVET bekerja berserta bayaran gaji yang berpadanan dengan kemahiran yang mereka miliki,” katanya.
Dalam pada itu, Sivakumar berkata pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada 1 Jan lepas yang menetapkan Aturan Kerja Fleksibel telah terbukti berjaya mewujudkan tenaga kerja yang lebih sihat dan meningkatkan keterlibatan pekerja terutama sewaktu pandemik.
“Pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu juga telah dilaksanakan bagi menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan berkeluarga. Lebih banyak majikan telah melaksanakan Aturan Kerja Fleksibel sebagai strategi untuk mengekalkan tenaga kerja di dalam pasaran kerja.
“Aturan Kerja Fleksibel mewujudkan keseimbangan di antara pekerjaan dan kehidupan seharian seorang pekerja yang secara tidak langsung menangani aspek tekanan mental. Ini juga akan mempengaruhi prestasi dan produktiviti pekerja,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia